PERKAHWINAN dengan selebriti popular, Bunga Citra Lestari telah mengubah kehidupan usahawan Tiko Aryawardhana.
Meskipun bahagia melalui fasa hidup baharu, Tiko juga terpaksa akur menerima hakikat kisah hidupnya kini menjadi perhatian.
Menganggap ia sebagai satu perkara yang aneh, kata Tiko, 44, dia juga kurang selesa apabila terlalu ramai yang bercakap tentang dirinya.
Tiko rasa dirinya sentiasa diperhatikan.
“Sekarang ini kalau saya ke sesuatu tempat, kehadiran saya menjadi perhatian. Rasa tidak boleh tenang sekarang.
“Rasa agak aneh juga. Sebelum ini saya boleh ke mana-mana sahaja. Namun sekarang masuk restoran pun ada yang memandang.
“Ada satu tahap agak terganggu juga apabila terlalu banyak tentang saya dikupas,” katanya.
Tiko berkongsi perkara itu dalam satu temu bual bersama pelakon Denny Sumargo untuk program saluran Youtube miliknya.
Tiko dan Denny berkongsi minat sama bermain bola keranjang dan mereka sama-sama bermain dalam liga Indonesia.
Tambah Tiko sebelum nekad membuat keputusan bernikah dengan Bunga, dia sudah mempersiapkan diri berdepan dengan kisah sensasi serta tumpuan media.
Dalam masa sama, dia juga tidak merancang untuk mengikut jejak langkah Bunga dalam dunia hiburan.
“Saya dah sedia berdepan dengan semua ini. Sebelum berkahwin dan bincang tentang perkara itu (menjadi perhatian). Saya dah berfikir akan risiko yang perlu dihadapi.
Tiko dan BCL kahwin pada awal Disember lalu.
“Saya tidak pernah terfikir untuk terjun ke dunia hiburan,” jelasnya.
Tiko dan Bunga bernikah pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.
Nama Tiko terus menjadi sebutan ramai sehingga sejarah rumah tangganya sebelum ini juga menjadi bualan.
Namun dia tidak pernah mendedahkan status perkahwinan terdahulu selepas timbul dakwaan kononnya dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.