Jual Rumah Guna Duit Simpanan Smp 300k, Lama Tk Nampak Dalam Kaca Tv. Ini Kehidupan Shamsul Ghau Ghau!

PELAKON dan pelawak Shamsul Ghau Ghau mengakui masih berasa malu apabila ada yang mula memanggilnya ustaz.

Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, berkata tidak pernah terlintas difikirannya sebelum ini untuk menjadi seorang guru agama.

“Sejujurnya saya tak pernah mimpi atau terfikir pun nak jadi seorang guru dan agak malu apabila ada yang memanggil saya dengan gelaran ustaz.

“Selalunya, sebelum memulakan ceramah saya akan beritahu tetamu jangan panggil ustaz, saya segan sebab tinggi sangat tahap tu.

“Apa yang saya lakukan ini hanya berkongsi ilmu dengan masyarakat dan saya anggap ini perancangan terbaik yang telah diatur oleh Allah SWT,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Shamsul memberitahu dia baru sahaja lulus temuduga bagi melayakkan dirinya menerima tauliah untuk menyampaikan ceramah di negeri Selangor.

Katanya, dia perlu melalui beberapa proses ujian berkaitan agama Islam sebelum diberi kelayakan tersebut.

“Untuk bergiat aktif sebagai penceramah agama atau motivasi, kita kena ada sijil kelayakan dan kerana itu saya hadiri temuduga tersebut.

Shamsul bergiat aktif sebagai penceramah motivasi di masjid dan sekolah.

“Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sijil tersebut kerana banyak proses dan ujian yang perlu dilalui.

“Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan selepas ini saya boleh berkongsi lebih banyak ilmu agama dengan masyarakat,” katanya.

Menyentuh mengenai karier seni, pelakon berusia 50 tahun ini mengakui masih aktif bergelar pelakon dan pengacara.

Bagaimanapun, katanya, terdapat produksi menyangka bahawa dia sudah bersara dan enggan berlakon.

Shamsul turut bergelar Mutawwif bagi jemaah umrah.

“Industri seni ini merupakan sumber pendapatan saya dan kerana itu saya tak boleh nak berhenti menjadi seorang pelakon.

“Tetapi ada produksi yang menyangka saya tak nak berlakon lagi dan mereka fikir saya hanya boleh bawa watak bapa dan ustaz sahaja.

“Insya-Allah kalau ada tawaran yang bersesuaian, saya tidak menolak. Sesekali itu rindu juga nak beraksi depan kamera,” katanya.

Selain bergelar penceramah dan pelakon, Shamsul juga aktif sebagai pengacara dan penyanyi.

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Shamsul Ghau Ghau

Pendakwah dan selebriti, Shamsul Ghau Ghau mendedahkan terpaksa menggunakan kesemua wang simpanan berjumlah RM300,000 bagi menampung kos sara hidup keluarga sepanjang tempoh 10 tahun mengikuti pengajian al-Quran.

Shamsul atau mesra disapa Pak Su berkata, dia turut menjual beberapa aset lain demi menyara keluarga sepanjang tidak terbabit dengan dunia seni.

“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis digunakan.

“Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor turut saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.

“Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000.

“Jadi bayangkan selama 10 tahun tidak terbabit dengan dunia seni, macam mana nak dapat duit. Kenalah guna apa aset yang ada,” katanya.

Menurut Shamsul, dia kini sudah mendapat sijil tauliah sebagai penceramah dan berharap pintu rezekinya akan semakin terbuka luas.

“Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu memang saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.

“Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir, tapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia.

“Tujuan ambil tauliah bukan nak riyak, tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur. Apa yang penting adalah fokus.

“Alhamdulillah sekarang saya dapat buat kemunculan semula dalam industri seni. Anak-anak pun makin besar, jadi saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shamsul kini sedang mengacarakan program Pentas Marhaban yang bersiaran setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah bersama Tilmiz Fahmi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply