Fuh Ingatkan Janna Nick Tadi, Berdebar Tengok Sbb Tak Pakai Baju, Sado Pula Tu!

BERKONGSI rutin senaman dan gaya hidup sihat di laman sosial kini sudah menjadi perkara biasa.

Namun, seorang pemuda mendapat perhatian yang sangat luar biasa apabila memuat naik video menunjukkan badannya yang berotot.

Bagaimanapun, badannya yang sasa hasil kerja keras bersenam bukanlah menjadi tumpuan netizen, sebaliknya wajahnya yang menjadi bualan kerana dikatakan mirip pelakon Janna Nick.

“Janna Nick versi lelaki.

“Cantiknya muka.

“Aku ingat Janna Nick tadi.

“Janna Nick dah sado,” demikian antara komen netizen.

Arif menjadikan aktiviti kecergasan sebagai hobi.

Bercakap kepada mStar, jejaka sado berkenaan, Muhammad Nur ‘Arif Abd Shukor berkata, dia sering menggunakan platform media sosial untuk berkongsi hobi dalam aktiviti kecergasan.

Pemuda berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak menyangka video terbaharu yang dimuat naiknya pada Isnin mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Sebenarnya bukan pertama kali saya menerima komen yang mengatakan wajah saya mirip Janna Nick, tapi tidak sebanyak komen kali ini. Sangat banyak.

“Saya rasa kelakar sebab saya pernah terserempak dengan Janna Nick depan-depan, dan saya merasakan wajah kami tiada persamaan,” katanya kepada mStar.

janna nick sado 3

Arif berpengalaman menjadi jurulatih kecergasan peribadi.

Walau bagaimanapun, pemuda yang lebih mesra disapa Arif ini tidak kisah dirinya digelar sebagai Janna Nick versi lelaki.

“Saya tidak kisah dengan gelaran yang diberikan oleh netizen. Ada juga yang melabelkan saya sebagai Janna Nick versi sado.

“Selain Janna Nick, terdapat juga banyak komen netizen yang menyamakan saya seperti watak anime dalam Demon Slayer iaitu Inosuke Hashibra.

“Inosuke merupakan pemuda berbadan sado dan berwajah feminin. Wataknya baik, kuat dan bertenaga. Saya anggap ini sebagai pujian,” ujarnya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Arif juga berpengalaman dalam bidang kulinari.

janna nick sado 2

Menetap di Semenyih, anak bongsu daripada empat beradik itu mula melibatkan diri dalam senaman angkat berat sejak sedekad lalu.

Malah katanya, dia juga pernah menjadi jurulatih kecergasan peribadi di sebuah gim selama setahun pada 2018.

“Saya bersenam di gim enam kali seminggu. Selain itu, saya juga melakukan aktiviti luar seperti hiking, badminton dan futsal,” tambah pemuda yang berketinggian 170 sentimeter ini.

Di sebalik minatnya terhadap aktiviti kecergasan, siapa sangka Arif sebenarnya juga berpengalaman dalam bidang kulinari.

Selain Janna Nick versi lelaki, Arif juga disamakan dengan watak anime, Inosuke Hashibra.

janna nick sado 5

“Saya pernah menjadi cef di resort dan hotel sejak 2013. Saya kini merupakan tukang masak di sebuah kafe. Selain boleh memasak, saya juga suka makanan manis dan food hunting!

“Jadi, saya tidak cenderung untuk memasuki sebarang pertandingan badan cantik atau bina badan. Sasaran saya adalah untuk memiliki badan yang lebih berotot,” katanya yang turut melakukan defisit kalori dan mengelakkan mengambil makanan berkuah.

Arif berkata, dia akan sentiasa berkongsi video senamannya bagi memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam dengan cara selamat.

“Dari segi bidang yang diminati pula, tip saya adalah kita kena mulakan dulu, baru tahu. Kita kena berani menghadapi kegagalan dan belajar dari kegagalan untuk berjaya,” katanya.

Video,

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply