PELAKON Adam Corrie kesal apabila ada segelintir pihak tergamak menuduhnya rindu menjamah daging khinzir susulan memuat naik foto mi wantan ayam BBQ di laman sosialnya sebelum ini.
Tidak pasti tujuan tuduhan itu dilemparkan terhadapnya, Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 56, sebaliknya menjelaskan sebelum memeluk agama Islam 16 tahun lalu dia memang tidak menggemari hidangan berasaskan daging tersebut.
“Ada komen-komen di page saya kata saya rindu nak makan babi. Sebab itu saya sanggup makan mi wanta ayam BBQ merah serupa babi.
Hantaran Adam sebelum ini sedang bersarapan Mi Wantan bersama ayam BBQ.
“Ada juga kata saya memang makan babi dan bukannya ayam BBQ. Saya sebagai seorang Muslim yang telah kembali kepada fitrah selama 16 tahun tak rasa rindu pun nak makan benda haram.
“Saya tak pasti niat mereka berkata begitu, sama ada nak provokasi atau sebaliknya,” katanya.
Adam berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Pelakon itu pada 26 Disember lalu memuat naik hantaran sedang bersaparan mi wantan bersama ayam BBQ.
Disebabkan ayam tersebut berwarna merah, ada menuduhnya makan daging babi.
Sementara itu, Adam berkata, sejak bergelar mualaf, dia lebih memahami tentang soal halal dan haram yang ditegaskan dalam agama Islam.
Jika ada yang kata dulu saya makan makanan haram bertan-tan, maka itu saya sebelum syahadah.
ADAM CORRIE
PELAKON
Katanya, dia tidak pernah terfikir untuk makan makanan daripada sumber tidak halal seperti mana didakwa sesetengah pihak.
“Sebelum syahadah saya bukanlah penggemar daging babi. Ramai sahaja orang bukan Islam yang memang tak makan daging tersebut. Mereka ada alasan sendiri kenapa tak makan.
“Selepas syahadah, saya faham tentang halal haram. Yang haramnya sikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah bagi banyak, carilah yang halal.
Adam mempunyai seorang cahaya mata lelaki selepas berkahwin dengan Fazeema.
“Jika ada yang kata dulu saya makan makanan haram bertan-tan, maka itu saya sebelum syahadah,” ujarnya.
Untuk rekod, Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sebelum mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad.
Selepas 10 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Fateh Lee yang kini berusia enam tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.