PERANCANGAN Datuk Ramli MS menyambut ulang tahun kelahiran isterinya di Singapura terbantut apabila pengarah muzik terkenal itu terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus sampai di negara berkenaan pada 2 Januari lalu.
Isterinya yang juga penyanyi Datin Alyah, 43, memberitahu Ramli dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng di Singapura selepas diserang penyakit vertigo.
Cerita Alyah, Ramli atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ram, 66, mengadu mengalami pusing kepala semasa mengangkat beg ke dalam teksi.
Tok Ram dihantar ke kecemasan semasa tiba di Singapura.
“Tok Ram rancang nak balik Singapura 2 hari bulan malam sebab nak sambut ulang tahun kelahiran saya di sana. Kita merancang tapi Allah SWT menentukan.
“Tok Ram kena vertigo semasa nak cari teksi masa nak angkat beg, Tok Ram beritahu kepalanya berpusing sebelum dia tunggu di dalam kereta sementara saya masukkan semua barang dalam teksi,” katanya.
Alyah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu yang turut memaparkan keadaan Tok Ram semasa di hantar ke unit kecemasan hospital tersebut.
Menerusi hantaran sama, Alyah turut berkongsi gelagat Tok Ram yang tidur restoran milik adiknya kerana mengantuk selepas menelan ubat.
Alyah memberitahu suaminya sendiri meminta dihantar ke hospital dengan segera kerana tidak sanggup menanggung kesakitan.
Kata Alyah, Tok Ram kerap mengalami vertigo sejak kebelakangan ini malah sudah melakukan pemeriksaan rapi.
Tok Ram mengadu dirinya disuntik semasa bertemu doktor.
Alyah juga turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih terhadap seorang wanita dikenali sebagai Nomah yang membantu mereka sehingga selesai urusan di hospital.
“Selepas (tiba) di Woodlands, Tok Ram kata tolong hantar di ke hospital. Alhamdulillah Allah SWT hadirkan orang baik bantu kami masa ini.
“Kak Nomah terus masuk hospital dan ke bahagian kecemasan. Saya tunggu Tok Ram dari pukul 3 pagi sampai pukul 6 pagi dan ditemani Kak Nomah,” ceritanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej ucapan ulang tahunnya yang jatuh pada 3 Januari lalu kerana sibuk menguruskan suami.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.