Zarina Anjoulie dedah sikap sebenar Fathia Latiff, busuk hati punca putus kawan

PERNAH bersahabat baik sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan sikap sebenar Fathia Latiff yang dikenalinya secara peribadi.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, berkata salah satu perangai Fathia yang kurang disenangi adalah sikap suka membanding-bandingkan dan berprasangka buruk.

Malah, sikap busuk hati Fathia menjadi punca tercetus perbalahan sehingga mereka putus kawan.

Screenshot 2024-01-09 at 11.39.37 PM

Fathia (kiri) dan Zarina pernah berkawan baik sebelum ini.

“Dulu saya pernah kawan dan gaduh dengan dia… disebabkan perkara ini. Kalau lihat video itu, anda boleh nampak busuk hati dia, sebab itu saya berhenti berkawan dengannya.

“Bila saya lepak dengannya, dia asyik cakap saya rapat sebab followers dia tinggi. Lima tahun saya melihat dia tiada perubahan,” katanya.

Zarina berkongsi perkara itu menerusi satu rakaman video siaran langsung di Instagram pada Selasa.

Tambah Zarina lagi, dia juga pernah menerima nasib yang sama seperti Zahirah MacWilson sebelum ini namun enggan berkongsi kepada umum.

Jelasnya, Fathia masih sama seperti individu yang dikenali lima tahun lalu dan tidak berubah sikap.

Zarina bagaimanapun mengakui terkejut apabila Fathia tiba-tiba menghina Zahirah MacWilson tanpa sebab yang jelas.

fathia 2

Fathia samakan Zahirah seperti bibik.

“Saya terkejut dia all out kecam Zahirah. Dulu saya nak jelaskan tapi mungkin orang tidak percaya.

“Masa akan tiba sebab orang macam dia tidak boleh nak sorok perangai itu lama-lama,” jelasnya.

Sebelum ini, tindakan Fathia melabelkan Zahirah sebagai seorang yang berwajah seperti pembantu rumah atau bibik menjadi bualan netizen.

Pelakon Ariana Rose ini juga mendakwa isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibir.

Kata2 untuk anju,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply