Ayda Jebat Rasa Kekok Pertama Kali Tukar Lampin Anak Kedua, Akhirnya Beliau Terpaksa Mengaku!

Apabila sebut pasal anak, mesti ibulah orang pertama yang dikaitkan. Rasanya, anak paling dekat dengan ibu. Sebabnya, anaklah penghuni rahim ibu dan sudah mengenal ibu sejak dari dalam rahim lagi.

Namun bukan bermakna, anak tidak begitu rapat dengan ayahnya, tapi rasanya tanggungjawab dalam menjaga anak lebih banyak ditanggung oleh ibu.

Ayda Jebat Syukur, Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Mommy And Dadaa Back To Zombi World” | Gempak

Namun, tidak dinafikan, ada juga ayah yang sangat mahir menguruskan anak-anak. Mungkin lebih hebat daripada ibunya. Tidak mustahil.

Berbahas soal ini, selebriti popular Ayda Jebat mengakui berasa kekok buat pertama kali menukar lampin anak keduanya, Aali Mateen.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, semua tugas itu dilakukan suaminya Nabil Mahir sebelum ini.

Ayda Jebat rancang hamil anak kedua selepas raya - Kosmo Digital

“Hari ini buat pertama kali mummy tukar lampin Mateen (anak kedua). Jangan terkejut sebab memang selalu bapa dia yang buat.

“Gementar tadi masa tukar takut dia ke mana-mana dan kencing. Kencing sampai ke muka pun pernah.

“Mummy buat laju-laju tadi macam Naruto. Lancar selancarnya. Tak menangis, siap, susu dan terus tidur. Bapanya kepenatan, kesian Dada (Nabil), saya cinta kalian berdua,” ujarnya lagi.

Ayda Jebat rancang hamil anak kedua selepas raya - Kosmo Digital

Sementara itu, terdapat segelintir netizen menyelar tindakan Ayda apabila menyifatkan wanita berusia 32 tahun itu sebagai mengada-ngada dan seperti mahukan perhatian orang ramai.

“Alahai, tukar lampin pun nak cakap dekat satu dunia. Bukannya anak sulung, dah anak kedua, mengada-ngada betul,” komen seorang netizen.

Sebelum ini, wanita kecil molek itu meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, terutama dalam urusan menguruskan anak.

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply