Tahniah yang tidak terhingga kepada Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah atas persatuan cinta yang dibina dengan gadis pilihan hati Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah. Pasangan ini selamat bernikah, hari ini di Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei, pada tengah hari.
Putera Mateen merupakan anak ke-10 dari keluarga diraja yang mulia, Sultan Hassanal Bolkiah. Pengantin perempuannya – cucu kepada salah seorang penasihat utama ayahandanya – dilaporkan mempunyai jenama fesyen dan memiliki perniagaan dalam sektor pelancongan.
Video istiadat pernikahan pasangan diraja itu kini menjadi tular di laman media sosial. Seluruh rakyat Brunei mahupun di Malaysia mengucapkan tahniah kepada Putera Mateen dan Anisha . Ramai mendoakan pernikahan pasangan ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kasih sayang, dan keberkatan dari Ilahi.
Apa yang menarik perhatian, jumlah mas kahwin yang disebut oleh Putera Mateen dalam ringgit telah mencetuskan tanda tanya. Rupanya ramai juga yang tidak tahu bahawa di Brunei, mereka menggunakan ringgit untuk matawang.
Di ruangan komen, rata-rata masayarakat Brunei menjelaskan penggunaan matawang rasmi mereka iaitu ringgit dan dollar dalam sebutan bahasa Inggeris.
“Korang boleh search dekat google tntng matawang brunei Depan akaan tertulis Satu ringgit belakang One dollar. tetapi kita orang brunei utamakan dlm bahasa melayu Sbb english our second language”
“Ringgit kan bahasa melayu untuk matawang. Brunei dollar in english, Ringgit Brunei dlm bahasa melayu. Haa gituuu”
Sementara itu, acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari. Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.
Sumber Murai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.