Mamat Exist sekali lagi hadapi dakwaan ambil, miliki dadah Meth

JOHOR BAHRU: Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, di sini, atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada tahun 2019.

Mamat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin, sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, pelantun lagu ‘Untukmu Ibu’ itu didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine, kira-kira jam 2 pagi pada 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.

MAMAT (kiri) di Mahkamah Johor Bahru. FOTO Omar Ahmad

Mamat juga mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah pada tahun 2016 dan 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) akta sama.

Prosiding pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz.

Bagi pertuduhan kedua, Mamat didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram pada jam 11.35 malam di Taman Perling pada 8 September 2019.

Vokalis Exists, Mohd Ali Kamarudin (kiri) atau lebih dikenali sebagai Mamat Exists mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan berkaitan dadah lima tahun lepas. Foto BERNAMA

Pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaei, dan Mamat diwakili peguam bela sama.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, peguam bela memohon anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Fatimah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.

Sumber Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply