Pelakon yang dahulunya kerap menghiasi drama-drama tempatan, Siti Fazurina memaklumkan bahawa dia kini berniaga nasi lemak tepi jalan di Bandar Utama.
Ditemui media, aktress ini mendedahkan bahawa dia menerima sokongan padu orang ramai selain suami tersayang yang menjadi orang kuat di sebalik perniagaannya itu.
Kini berniaga nasi lemak dan sarapan pagi
Mula-mula saya tak nafi untuk berniaga di tepi jalan saya sendiri risau dengan pandangan yang akan diberikan oleh masyarakat, tapi ramai yang beri sokongan.
Saya juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami. Dia banyak beri nasihat kepada saya untuk tidak memikirkan kata-kata orang.
Pelakon drama Dunia Anita itu memaklumkan bahawa dia mendapat idea untuk berniaga nasi lemak itu apabila melihat kawasan kejiranannya di Bandar Utama tidak mempunyai jualan juadah sarapan pagi.
Alhamdulillah, selepas dua minggu memulakan perniagaan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Daripada sandwich yang terjual sehari dalam empat atau lima paket, sekarang jualan bertambah sehingga puluhan tempahan.
Tak selamanya popular
Dalam pada itu, aktres itu juga menganggap bahawa zaman popularitinya sudah berlalu dan enggan bergantung kepada dunia hiburan dan lakonan semata-mata.
Saya pernah berada di kemuncak kejayaan. Masa mula-mula berlakon saya tidak pernah pegang watak pelakon ekstra. Saya hanya memegang watak utama atau pembantu.
Mungkin bakat kami pelakon lama masih diperlukan cuma saya nasihatkan jangan terlalu berharap atau bergantung kepada bidang lakonan.
Sekadar info, Siti Fazurina terkenal dengan drama tempatan seperti Puteri, Biarlah Rahsia, Dunia Anita, Biarlah Rahsia, Ceplos dan Cinta Batu Belah.
Sumber BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.