Ali Puteh Dituduh Guna Duit Orang Buat Modal Berniaga, Tak Sangka Ini Bakal Tindakan Diambil Beliau!

NAMA Ali Puteh tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan terbaharu pelawak berkenaan dituduh menggunakan wang milik orang lain sebagai model berniaga.

Berang dengan tuduhan dibuat, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, menggesa individu memfitnahnya tampil bersemuka dengannya.

Tegas Ali, sekiranya individu terbabit enggan menghubunginya menerusi mesej di Instagram, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis atas dakwaan fitnah.

ali1 - 1

Perkongsian Ali di Instastory.

“Kakak cepatlah DM saya sebelum saya sendiri ke balai polis untuk laporkan fitnah akak terhadap saya.

“Saya tunggu sampai esok kakak DM saya dan jumpa untuk fitnah ini atau saya buat laporan polis.

“Saya nak jumpa akak sebab fitnah yang dibuat itu zalim mendakwa saya menggunakan duit orang untuk berniaga,” katanya.

Ali berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Ali memaparkan tangkap layar komen ditinggalkan oleh seorang wanita mendakwa pelawak itu menjalankan perniagaan dengan menggunakan wang milik individu lain.

Dalam pada itu, pelawak tersebut memberitahu dia tidak menyangka masih ada individu yang mahu bercakap buruk mengenai dirinya.

Ali turut mendedahkan foto wanita berkenaan selain meminta maklumat daripada pengikutnya untuk menghubungi individu terbabit.

“Tahun 2024 masih ada lagi manusia begini, masuk semata nak komen. Mudah, tak payah komen apa-apa.

“Siapa boleh dapat nombor telefon atau alamat perempuan ini beritahu saya, nak jumpa senang borak… Nak tengok depan-depan macam mana,” ujarnya.

ali2 - 1

Ali mencari wanita yang melemparkan fitnah terhadapnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Ali tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Pada tahun lalu, Ali rancak menjalankan perniagaan makanan iaitu Sambal Petai Terangkat dan Sambal Jering Berlado.

Produk makanan tersebut dimasak sendiri oleh pelawak itu dan setiap proses pembuatan dikongsi secara langsung menerusi media sosial.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply