Spekulasi sarung baju pengantin terjawab, Siti Nordiana ‘sanding’ dengan peminat 11 Mei

SELEPAS tular video memakai busana perkahwinan, penyanyi Siti Nordiana akhirnya tampil menjawab spekulasi kononnya bakal kembali mendirikan rumah tangga.

Menafikan hal tersebut kata Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana, 40, ia hanyalah sekadar promosi untuk konsert solo yang bakal berlangsung pada 11 Mei nanti.

“Saya anggap ini sebagai majlis perkahwinan bersama peminat. Selama 25 tahun mereka menantikan konsert solo saya.

WhatsApp Image 2024-01-30 at 3.41.35 PM

Siti Nordiana bakal mengadakan konsert solo pertamanya pada 11 Mei depan.

“Jadi saya anggap ia sebagai satu majlis persandingan bersama-sama peminat di konsert itu nanti,” katanya.

Nana ditemui ketika sidang media pengumuman konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Teruja dengan konsert berkenaan Nana juga memohon maaf selepas timbul salah faham dalam kalangan peminat sebelum ini.

“Saya mohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan sangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebar foto baru-baru ini.

“Sebenarnya sesi fotografi itu diadakan khusus untuk acara istimewa ini. Ia sesuatu yang cukup bermakna buat saya.

“Ini konsert solo pertama saya sepanjang lebih dua dekad dalam industri seni,” jelasnya.

Ini konsert solo pertama saya sepanjang lebih dua dekad dalam industri seni.
SITI NORDIANA
PENYANYI
Dalam masa sama Nana juga memberitahu dia menerima banyak pertanyaan selepas foto berkenaan tersebar namun mengambil langkah berdiam sehingga membuat pengumuman rasmi berkaitan konsert.

Malah ada peminat yang kecewa sekiramya berita bakal mendirikan rumah tangga itu adalah benar.

“Konsert ini dirancang sejak sebulan lalu dan saya mahu jadikan ia sebagai satu kejutan.

553

Siti Nordiana teruja akhirnya dapat mengadakan konsert solo.

“Ramai yang bertanya dan ada pula kecewa apabila mereka anggap saya mahu berkahwin,” jelasnya.

Konsert berkenaan bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur dan tiket akan dijual bermula 2 Februari ini.

Pada konsert itu juga Nana bakal tampil dengan seorang penyanyi lelaki untuk berduet Memori Berkasih yang sebelum ini dipopularkan bersama Allahyarham Achik Spin.

Tiket bermula dari harga RM188 hingga RM4,888 bagi kotak VIP dan boleh dibeli di laman web Ticket2u.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply