Wanita mirip Bella Astillah muncul di pejabat agama, nama Aliff Aziz dikaitkan pelakon ditangkap khalwat

KETIKA kecoh dua selebriti dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium di ibu negara pada awal pagi Sabtu, nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dikaitkan dengan penangkapan tersebut.

Ia susulan kemunculan wanita mirip isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah di sebuah pejabat agama Islam sekitar pukul 2.30 pagi ditemani beberapa rakannya.

Turut kelihatan adalah penyanyi Adira Suhaimi yang turut menemani Bella.

Nama Aliff menjadi sebutan ramai.

Menerusi perkongsian video di Instagram Melodi, wanita mirip Bella dilihat mengenakan baju berwarna merah jambu, bertudung hitam selain memakai pelitup muka sambil sedang melihat ke arah telefon bimbit miliknya.

“Pelakon dan penyanyi Bella Astillah muncul di Pejabat Agama Islam jam 2.40 pagi, ada apa tu Bella?” tulis kapsyen pada video berkenaan.

Susulan itu, kehadiran Bella dikaitkan ada kena mengena dengan penangkapan dua selebriti tersebut dan ramai mula membuat spekulasi ia melibatkan Aliff.

Sebelum itu, Harian Metro melaporkan satu tangkapan dibuat Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Menurut sumber, kedua-dua pelakon itu yang terlibat dalam sebuah penggambaran drama ditahan dikediaman milik aktres tersebut.

Malah pelakon lelaki itu juga didakwa sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita terbabit yang juga adik kepada seorang selebriti.

Aliff dan Ruhainies digandingkan dalam drama Terjerat yang sedang menjalani penggambaran.

Aliff ketika ini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Terjerat bersama Ruhainies.

Jika benar ia adalah Aliff Aziz, pelakon itu bukan pertama kali berhadapan isu kontroversi.

Itu bukan kali pertama penyanyi asal Singapura itu bersikap curang malah dia dan Bella pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap Aliff.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply