Perkahwinan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muda Pahang dengan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang sejak tahun 2002 membuatkan ramai yang tertawan dengan raut wajah cantik suri hati YAM Tengku Abdul Rahman Al-Haj.
Meskipun sudah lebih dua dekad berlalu namun kelembutan dan aura mempesona Cik Puan Muda Julita ketika bergelar Raja Sehari tetap diingati hingga ke hari ini.
Pasti ramai yang merindui wajah jelita Cik Puan Muda Pahang Dato’ Sri Julita Aishah binti Abdul Latif. Apatah lagi sejak berhijab, bertambah seri wajah Cik Puan Muda Pahang ini.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, agak jarang melihat kelibat jelitawan ini.
Kali terakhir melihat foto terkini Cik Puan Muda Pahang ini di media sosial ialah ketika menghadiri Majlis Santapan Hi-Tea Bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 12 Julai 2023.
Menerusi perkongsian di Royal Terengganu Songket itu, kelihatan Cik Puan Muda Julita di samping puteri kesayangan iaitu Yang Mulia (YM) Tengku Ameera Asya, Tengku Puteri Jihan, Tengku Fatimatuz Zahra dan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
4 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran Cik Puan Muda Julita yang ke-53. Biarpun usia sudah mencecah 50an namun keanggunan bekas pramugari syarikat penerbangan Singapura ini seakan tidak memudar.
Bahkan akaun Instagram peminat Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muadzam Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah turut berkongsi wajah personaliti diraja Pahang berkenaan. Memang cantik orangnya dan rata-rata followers laman media sosial itu memuji pesona Cik Puan Muda Julita.
Mengimbas kembali detik pernikahan Cik Puan Muda Pahang dengan Tengku Muda Pahang, istiadat perkahwinan diraja dilaporkan berlangsung selama enam hari iaitu pada 23 Julai hingga 28 Julai 2002 di Istana Abu Bakar, Pahang.
YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merupakan anakanda kelima dan puteri kedua Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan.
Sumber Nona
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.