Fazura jarang update foto bersama Fattah sebab sibuk, tak perlu tayang kebahagiaan demi kepuasan orang lain

SUSULAN timbul desas desus rumah tangganya dikatakan bergolak, pelakon Nur Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah Amin berada dalam keadaan baik.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia jarang memuat naik gambar bersama suami di laman sosial kerana kesibukan kerja dan tidak tahu menahu mengenai gosip diperkatakan orang ramai mengenai perkahwinannya.

“Kalau ada spekulasi di luar sana itu semuanya tidak betul, saya dah Fattah okay saja cuma kami berdua agak sibuk dengan kerja.

fazira 1234

Fazura sangkal segala dakwaan netizen.

“Saya tak tahu hujung pangkal datang dari mana, apa punca isu tersebut timbul.

“Saya pun jarang jumpa Fattah sebab jadual kami tak sama, pagi dia keluar ke set penggambaran dan malam baru balik,” katanya kepada mStar.

Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura yang berlangsung di Hotel Westin, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Fazura turut merasakan tiada keperluan untuk dia mempamerkan kemesraan bersama Fattah hanya kerana mahu memuaskan hati peminat di luar sana.

“Mungkin peminat, mungkin mereka tertanya-tanya sebab dah lama tak nampak kami bersama di media sosial.

“Kalau tiba-tiba kami kongsi gambar untuk puaskan hati semua orang itu memang tiada dan saya rasa tak perlu saya buat semua itu hanya mahu buktikan kami bahagia,” jelasnya.

Sementara itu, pelakon drama Lelaki Itu turut menjelaskan dia mengambil pendekatan tidak mahu mempamerkan kebahagiannya di media sosial kerana simpati terhadap apa yang terjadi di Palestin.

Jelasnya, dia mahu menggunakan platform yang dimiliki untuk bersuara dan memperjuangkan nasib mangsa-mangsa kekejaman rejim Israel yang kehilangan orang tersayang.

Saya rasa tak patut buat perkongsian tunjuk kebahagian saya dengan suami.
FAZURA
PELAKON
“Sejujurnya saya memang kurangkan untuk tunjuk kemesraan sangat susulan isu Palestin, saya cukup terkesan dengan apa yang terjadi.

“Saya rasa tak patut buat perkongsian tunjuk kebahagian saya dengan suami, sedangkan mereka di Palestin sedang bertarung nyawa sampai hilang anak-anak dan keluarga,” ujarnya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

 

fazura 11

Fazura keluarkan 12 corak baharu sempena Hari Kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Fazura tampil memperkenalkan koleksi tudung sempena Hari Merdeka 2024 menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Koleksi edisi terhad ini menampilkan 12 rekaaan unik yang selaras dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’.

Corak rekaan ini dihasilkan dengan elemen yang menggambarkan Malaysia seperti bangunan ikonik, imej flora dan fauna dengan gabungan warna-warna tema jalur gemilang.

Orang ramai boleh mula mendapatkan koleksi tudung ini di pasaran bermula pada 25 Julai 2024 menerusi platform atas talian.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply