Hati Adira Berbunga-Bunga Bakal Kembalik Bersama Dato Red, Akhirnya Terkantoi Kenapa Adira Kembali Kepada Dato Red!

ENGGAN berselindung mengenai soal hati, penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia dan Datuk Red kini sedang dalam fasa kembali menjalinkan hubungan serius selepas mereka sah bercerai pada April lalu.

Selain faktor anak-anak, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata dia terbuka hati untuk memberikan peluang kedua kepada bekas suaminya itu selepas melihat usaha yang dilakukan oleh Datuk Red.

“Saya pun tak nak menipu lagi, sekarang ini saya sedang membuka peluang kepada Datuk Red.

red1221

Adira dan Adnan kerap berniaga bersama.

“Sebenarnya anak-anak pun menjadi salah satu sebab, tapi Datuk Red juga menunjukkan usahanya.

“Tak tahu macam mana terjadi sebab kami fokus kepada perniagaan… orang kata sambil menyelam minum air,” katanya ketika dihubungi mStar.

Adira bagaimanapun memberitahu dia enggan terburu-buru untuk bersatu kembali, sebaliknya membiarkan Adnan mengejar impiannya terlebih dahulu.

Malah, penyanyi lagu Kesempatan Bagimu ini juga tidak menyangkal dakwaan mereka bakal disatukan pada hari raya Aidilfitri akan datang.

“Saya nak bagi dia kerja cita-cita dan betulkan apa-apa yang patut dahulu.

“Kembali bersatu (kahwin) dalam perancangan lagi dan kami pun ada berbincang mengenai perkara ini. Kami bukan muda lagi nak sorok-sorok berita gembira ini.

“Tapi saya tak harap lebih-lebih hanya follow the flow,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adira mengakui hubungan yang kembali pulih antara mereka ini membuatkan dia dan Datuk Red lebih fokus kepada perniagaan mereka.

Dia faham kerja saya dan saya pun faham kerja dia.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

“Saya boleh fokus dengan kerja saya begitu juga dia… walaupun hati kami berbunga-bunga tapi tiada had dalam berkerja.

“Dia faham kerja saya dan saya pun faham kerja dia,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Adnan, 46, memberitahu dia kini dalam proses kembali menjalinkan hubungan serius dengan Adira.

adira 1231

Adira sedang dalam fasa bahagia.

Adnan berkata dia juga sudah berbincang dengan keluarga Adira mengenai perancangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada hari raya Aidilfitri tahun depan.

Adira dan Adnan sah bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, 2 tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply