Ibu bapa Zulfarhan syukur keadilan berpihak kepada mereka sekeluarga

PUTRAJAYA – Suasana hiba menyelubungi luar Mahkamah Rayuan di sini, selepas ibu bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain membuat sujud syukur dan menangis.

Ia selepas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Zulfarhan.

Zulkarnain Idros, 60, ketika ditemui berkata beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan mahkamah hari ini dan menganggap keadilan akhirnya berpihak kepada anaknya, Zulfarhan.

Bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana sanggup lihat anak mereka diseksa' - Sinar Harian

“Kita bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan doa saya dan isteri supaya kes ini dikembalikan kepada hukuman sampai mati.Saya juga ingin mengucapkan terima kepada rakyat Malaysia yang mengikut perkembangan kes ini serta pihak pendakwaan yang bergitu hebat membuktikan bahawa adanya niat membunuh,” kata Zulkarnain.

Sementara itu, isterinya Hawa Osman, 61, yang turut memanjatkan rasa syukur itu menunjukkan gambar berukuran pasport anak sulungnya dan sapu tangan terakhir peninggalan Zulfarhan kepada pihak media semasa berada di luar kamar mahkamah.

Terdahulu enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan dihukum gantung mati oleh Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi.

Ibu dan Bapa 'Zulfarhan' Sujud Syukur Dengar Keputusan Mahkamah

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan silang untuk mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali. –

Sumber KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply