Isteri Lans Koperal Alif belum bersedia keluar – Peguam

HULU SELANGOR – Isteri Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah semalam masih belum bersedia untuk tampil bagi mengikuti prosiidng terhadap suaminya, semalam.

Peguam bela, Nur Aida Md Zainuddin berkata, keluarga tertuduh memberikan sokongan kepada pemuda itu dengan hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Kubu Bharu semalam.

“Bagi pihak keluarga, mereka memang memberi sokongan dengan hadir, buat masa sekarang bagi isteri (tertuduh) masih belum bersedia, belum keluar.

Isteri Lans Koperal Alif belum bersedia keluar - Peguam - Kosmo Digital

“Buat hari ini bapa dan adik-beradik tertuduh hadir,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai pertuduhan Muhammad Alif di mahkamah, semalam.

Semalam, Muhammad Alif, 26, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit tiga minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripadanya, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Alif didakwa membunuh Nur Farah di Ladang SKC, Kledang, Mukim Hulu Bernam si antara pukul 9 pagi 10 Julai hingga pukul 6 petang 15 Julai lalu.

Berikutan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya bagi menyerahkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan Telekomunikasi (telco).

Ketika prosiding tertuduh diwakili peguam-peguam Aida Jaafar Mad Ariff dan Nur Aida Md Zainuddin dan mahkamah kemudiannya menetapkan 30 ogos bagi sebutan semula kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply