Mungkin ramai yang tidak ingat, namun selepas pemergian Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tahun 2017, terdapat seorang lagi bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan pergi buat selamanya pada tanggal 24 Mac 2018. Mengikut laporan awal, Amirul Nashriq Othman yang ketika itu baru berusia 19 tahun dipercayai ‘tenggelam’ saat bermandi-mandi dengan 7 orang rakannya di sebuah pusat rekreasi.
Keluarga mengesyaki ada unsur meragukan di sebalik pemergian Amirul
2 hari sebelum Amirul Nashriq ‘pergi’, keluarga berkata Allahyarham sempat menghantar gambar kesan lebam di bahagian dadanya akibat dikasari oleh sekumpulan senior. Meskipun sempat disuruh untuk balik ke kampung, 2 hari kemudian Amirul tiba-tiba dilaporkan ‘tewas’ di kawasan Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang.
Berikut merupakan beberapa keraguan lain yang pernah disenaraikan oleh kakak Allahyarham, Norzulaikha Othman, lebih 6 tahun lalu :
1) Selepas pemergian Amirul dimaklumkan, bapanya iaitu Othman Yusoff mendapat panggilan daripada pihak UPNM yang mendesak untuk berikan kebenaran jalankan autopsi ke atas Amirul.
2) Apabila sampai di Hosp Bentong, mereka terkejut kerana kesan jahitan Amirul sudah kering (dipercayai sudah diautopsi beberapa jam lebih awal tanpa persetujuan keluarga)
3) Kad pengenalan & barang peribadi Amirul sewaktu hari kejadian tidak diserahkan kepada keluarga.
4) 7 rakan yang berada di lokasi kejadian tidak mengikuti proses menguruskan pengebumian atas alasan dilarang oleh pegawai UPNM yang mengarahkan mereka pulang ke institusi berkenaan.
Datuk Ahmad Zaharil berkata akan ambil kes ini & bawa ke tengah
Dalam perkembangan terbaru dikongsikan oleh sumber @Rakan, nampaknya kes yang masih belum terbela itu bakal dibuka semula. Difahamkan, Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar akan bertemu dengan keluarga Amirul Nashriq di Perak dalam masa terdekat bagi membuat persediaan sewajarnya sekaligus demi mempertahankan keadilan buat Allahyarham jika benar ada unsur ‘penganiayaan’ di sebalik pemergian pilu itu.
Sumber KD
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.