Pendakwaan kes Zara Qairina: Lima remaja tiba di mahkamah dengan van

Kota Kinabalu: Lima remaja perempuan bawah umur dijangka didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini, pagi ini, berhubung kes buli pelajar Zara Qairina Mahathir.

Kesemua remaja itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki sebuah van diiringi kenderaan polis pada 9.05 pagi.

Mereka yang berumur di bawah 18 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan menggunakan atau membuat apa-apa perkataan atau komunikasi yang mengancam, kesat atau menghina.

KEADAAN di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pagi ini. FOTO Mohd Adam Arinin

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sudah meneliti kertas siasatan kes kematian pelajar itu yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memutuskan untuk menuduh beberapa suspek berdasarkan keterangan yang ada.

AGC turut memaklumkan prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina, 13.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.

Video,

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply