Dituduh ‘Over’ Kongsi Kisah Suami Berkorban Bangun Malam Tukar Pampers Anak, Ini Reaksi Elisya Sandha

Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha meraikan majlis aqiqah anak perempuanya, Bunga Elhaq pada Hari Raya Aidiladha.

Bagi berkongsi dengan peminat dan pengikut, gambar-gambar sekitar majlis sambutan serba polos itu dimuat naik Elisya menerusi Instagramnya.

Selain gambar, Elisya turut menukilkan pesanan istimewa buat suaminya, Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pasangan penerbit Sheila Rusly dan pengarah Jinggo.

Menerusi nukilan berkenaan, Elisya bercerita tentang pengorbanan suaminya yang bangun setiap malam bagi menukar lampin pakai buang anaknya selain memberikan susu.

Begitupun, perkongsian Elisya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menurut pengguna media sosial, sudah memang menjadi tanggungjawab buat ibu dan bapa untuk menjaga anak dan hal tersebut bukanlah satu hal luar biasa yang harus dibincang.

Enggan melayan karenah netizen, adik kepada Fasha Sandha itu berkata, apa yang diluahkan di Instagram adalah ditujukan untuk suami dia ia adalah bersifat peribadi.

“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis netizen atau yang berbaur negatif. Saya tak memerlukan justikasi mereka (netizen) dalam hal ini.

“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka (netizen),” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Elisya berkata, selagi apa yang dikongsikan itu tidak bersifat buruk, ia bukanlah menjadi satu hal yang besar dalam kehidupan hariannya.

“Selagi saya rasa ia masih okey dan baik untuk dikongsi dan dizahirkan, ia takkan menjadi kudis pun. Hidup ini bukan sentiasa atau setiap masa perlu melihat segala sudut pandangan orang lain. Kalau asyik memikirkan pandangan orang, mungkin kita takkan ke mana-mana.

“Saya anggap luahan itu (kepada suami) adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran negatif,” katanya lagi.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair bernikah pada 21 Ogos tahun lalu. Bunga pula dilahirkan secara pembedahan pada 18 Jun lalu di sebuah hospital di Ampang.

Biodata Elisya Sandha Archives - Azhan.co

Sedikit info Elisya 

Nur Elisya Sandha Hassan (lahir 8 Jun 1999) seorang pelakon, model, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha.

Elisya berkahwin dengan anak sulung pelakon Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman.

Download elisya images for free

1. Anak bongsu daripada enam adik-beradik.Adik kepada pelakon Fasha Sandha. Beliau memanggil Fasha dengan gelaran ‘Angah’.

3. Mendapat pendidikan di SMK Convent Bukit Nenas.

4. Aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 15 tahun lagi.

Video] Elisya Sandha selamat bertunang dengan anak Sheila Rusly? – Teh Tarik Kaw

5. Menidakkan menggunakan nama Fasha sebagai batu loncatan untuk mencipta nama dalam industri kerana dia juga menghadiri ujibakat sebagaimana bintang-bintang baru lain demi mendapat tempat dalam sesebuah produksi drama ataupun filem.

6. Namun perjalanan awalnya tidak dinafikan banyak dibantu oleh nasihat Fasha yang terlebih awal melalui liku-liku hidup sebagai anak seni.

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ELISYA SANDHA SELAMAT BERTUNANG DENGAN ANAK SHEILA RUSLY, UZAIR HAQIMY
7. Kerjayanya diuruskan oleh ibunya sendiri.

8. Antara kritikan negatif yang pernah diterima termasuk digelar “nampak tua sebelum usia” dan bakat lakonan pula pernah dikatakan ‘kayu’. Namun Elisya tidak berkecil hati, malah mengambil komen itu daripada sudut positif .

9. Bercita-cita ingin menjadi akauntan.

10. Penglibatannya dalam drama menerusi Bila Chacha Masuk Asrama (2014), Destinasi G4 (2015), Mamu Mami Gosip (2018), Mimpi Yang Sempurna (2018), Wanita Yang Dikasihi (2018), Mencari Qiblat (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).

11. Manakala telefilem lakonannya pula ialah Aku Mahu Ke New York (2015), Hai Lah Menantu (2015), Cinta Gred A (2017) dan Mat Rukun (2017).

Bakal Jadi Mak Mentua, Elisya Sandha Belajar Masak Dengan Sheila Rusly

Sumber MediaHiburan/Wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply