Kuala Lumpur: Pencarian dilakukan bekas personaliti TV3, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54, yang menjejaki rakan baik dan teman seperjuangannya ketika bertugas di bidang penyiaran, Zalina Azman di sekitar Shah Alam, malam tadi, tidak membuahkan hasil yang diharapkannya.
Terdahulu, demi kasih sayang mendalam terhadap sahabat yang dikenali rapat itu, difahamkan Ras Adiba melancarkan misi menjejaki Zalina di beberapa kawasan kediaman dan tumpuan ramai di bandaraya berkenaan.
Ditemani suaminya, Mohamed Azam Ali, teman rapat, Juita Jalil dan seorang kru TV3, Ras Adiba meronda di sekitar kediaman Zalina di Jalan Ketiau, Seksyen 3, Bulatan Kayangan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, termasuk Seksyen 24 dan Seksyen 27 serta beberapa lokasi popular
Ras Adiba berkata, selepas lebih dua jam rondaan itu dibuat, beliau tidak mendapat sebarang petunjuk yang memungkinkan Zalina dikesan.
“Saya dimaklumkan ada pihak yang nampak kelibat Zalina di sekitar Shah Alam, sebelum ini. Namun, sukar dipastikan apakah betul andaian itu.
“Disebabkan itu, saya dan teman-teman tidak putus harapan untuk mencari Zalina hingga awal pagi ini,” katanya yang membuat rondaan bersama teman-teman di lokasi berasingan.
Sebelum itu, Ras Adiba turut memohon pertolongan rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantunya dalam usaha mencari Zalina yang dilaporkan menghilang diri sejak lapan bulan lalu.
Ras Adiba menerusi beberapa perkongsiannya di Instagram sejak kelmarin, didapati amat terkesan selepas pendedahan pihak polis berhubung kehilangan mengejut Zalina yang difahamkan berlaku pada hujung November tahun lalu.
“Saya dan yang lain ingin memohon pertolongan rakyat Malaysia. Pohon bantu kami mencari sahabat kami Zalina Azman. Sila ke balai terdekat sekiranya bertemu beliau. Sungguh kami hargai jasa baik kalian semua,” tulisnya..
Polis percaya Zalina Azman masih dalam negara
Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata ia susulan setelah pihaknya mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Imigresen.
Mohd Iqbal berkata setakat ini pihaknya turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh orang awam selepas hebahan berhubung kehilangan Zalina Shaharah, 58, dilakukan polis.
Pagi tadi sebuah portal hiburan tempatan melaporkan terdapat individu yang mendakwa melihat seorang wanita seperti Zalina Shaharah pada Ahad lepas menerusi Twitter miliknya.
Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, dekat Shah Alam kira-kira 1 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.
Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.
Zalina Shaharah dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
– Bernama
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.