Bekas isteri sifatkan Eman Manan bijak, cerdik dan dilahirkan ‘jantan’

KUALA LUMPUR: Seniwati tanah air, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy Ahmad Daud, 59, bersetuju dengan pandangan ramai yang menyifatkan Eman Manan sebagai contoh pelakon ‘jantan’ di Malaysia.

Kata Ogy, ilmu persilatan dimiliki bekas suaminya itu sedikit sebanyak menjadikan dia seorang pelakon berwibawa yang dilahirkan dengan sifat kelelakian sebenar.

“Eman bijak, cerdik dan dilahirkan ‘jantan’. Dia memiliki ilmu persilatan yang dituntutnya selama 11 tahun.

“Saya amat bersetuju sekiranya ada yang meletakkan dia sebagai garis panduan bagi aktor jantan di Malaysia,” katanya.

Ogy berkata demikian pada majlis sidang media teater 4 Dara Makcik Bawang di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), baru-baru ini.

Menurut Ogy, tanggapan Malaysia ketandusan pelakon ‘jantan’ adalah tidak benar kerana ramai aktor lelaki negara ini yang berjaya membuktikan kredibiliti tanpa meletakkan rupa paras sebagai keutamaan.

“Kita juga ada pelakon-pelakon lain seperti Beto Kusyairi, Adi Putra dan ramai lagi.

“Begitu juga Fattah Amin yang juga telah menunjukkan kematangan dalam lakonannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ogy juga meluahkan kekecewaan terhadap industri perfileman dan drama tempatan yang pada masa kini meletakkan rupa paras sebagai ukuran pemilihan pelakon baik lelaki mahupun perempuan.

Katanya sistem tersebut perlu dikaji semula memandangkan fizikal seseorang bukan penentu keberkesanan lakonan seseorang aktor.

“Saya tak setuju bukan kerana mereka kacak atau cantik. Tetapi kerana itu bukan rukun untuk menjadi aktor. Di negara mana sekalipun, akademi perfileman dan drama akan mengiyakan perkara itu.

“Yang penting tentang bagaimana kita asah pelakon-pelakon ini. Bukan asal cantik dan kacak, mereka diambil dan terus dicampak ke dalam set.

“Kasihan. Terkapai-kapai mereka, tak tahu apa-apa. Sebenarnya itu tidak adil untuk pelakon-pelakon baru,” tegasnya.

Mengimbau kembali,

Hanya Ogy isteri saya – Eman Manan

Pada 23 Disember 1990, perkahwinan Eman dengan primadona, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) mendapat liputan meluas daripada media.

Ini kerana, pasangan itu memilih untuk bernikah ketika masing-masing berada di puncak kerjaya mereka.

Doa peminat dan masyarakat, perkahwinan pasangan anak seni itu kekal hingga ke akhir hayat.

Namun, siapa kita untuk melawan ketentuan Ilahi. Rumah tangga Eman dan Ogy dilanda masalah selepas lebih sedekad mereka hidup bersama sebagai suami isteri.

Barangkali, kedua-duanya juga tidak pernah menyangka, impian kasih dan cinta mereka musnah di pertengahan jalan.

Mahligai cinta yang dibina atas dasar cinta hanya bertahan selama 12 tahun, enam bulan dan lapan hari apabila. Eman melafazkan cerai pada 2 Julai 2003 di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur.

Sejak perceraian itu, tidak pernah terdengar gosip cinta sama ada Eman ataupun Ogy. Apa yang pasti masing-masing hingga kini melayari hidup sendirian tanpa mencari pengganti.

Kini setelah mereka bercerai, apa yang mengejutkan bukan gosip cinta baru mereka menjadi perhatian, sebaliknya timbul pula cerita kononnya Eman pernah menikahi perempuan lain sebelum Ogy.

Khabar itu pernah sampai ke telinga media sebelum Eman dan Ogy berkahwin.

Eman didakwa pernah menikahi seorang wanita di negeri kelahirannya sebelum popular sebagai pelakon. Hasil perkahwinan pertama itu juga, Eman khabarnya memiliki cahaya mata.

Bukan itu sahaja, kononnya Eman menceraikan isterinya ketika mahu menikahi Ogy demi membina sebuah mahligai cinta bersama pelakon popular itu.

Bimbang hati Eman akan terusik kerana ditanya soalan yang sensitif seperti itu, namun reaksi Eman selepas mendengar soalan itu membuatkan saya kembali tenang.

“Saya pernah bernikah dan mempunyai anak sebelum berkahwin dengan Ogy? Karut! Kalau betul saya ada anak, saya amat bersyukur, tetapi semua itu fitnah.

“Saya tidak pernah menikahi perempuan lain selain Fauziah Ahmad Daud. Dialah satu-satunya isteri saya tapi sayang sekali jodoh kami tidak panjang,” Eman menjawab sambil sesekali menghela nafas yang panjang.

Menerima perceraian itu sebagai takdir, prinsip Eman tidak berganjak sejak dari hari pertama berpisah secara rasmi dengan Ogy iaitu tidak akan berkongsi masalah yang membawa kepada perpisahan itu.

Bahkan, Eman tidak pula berpendapat, perceraian itu menjadi punca kenapa dia tidak mengambil keputusan untuk menamatkan zaman dudanya.

“Saya terima segala takdir yang ditentukan dalam hidup saya. Tetapi satu yang saya pegang walau apapun yang terjadi antara saya dengan Ogy saya tidak akan bercerita pada sesiapa.

“Apa yang pasti selepas perceraian itu hati saya belum terbuka untuk wanita lain, bukan saya serik untuk berkahwin tetapi jodoh belum ada.

“Bukan sahaja peminat yang bertanya malah adik beradik saya juga ingin tahu tetapi tiada jawapan yang boleh saya berikan.

“Saya adalah seorang lelaki yang bangga kalau ada isteri. Namun kerana waktu yang begitu terhad dan kerja saya terlupa yang saya hidup sendirian.

“Cuma kadangkala apabila terjaga di tengah malam saya dan melihat di sebelah saya tiada sesiapa, barulah saya teringat yang saya belum ada isteri,” cerita Eman Manan sambil ketawa.

Bagi Eman, walaupun perkahwinan pertamanya dengan Ogy hanya separuh jalan, namun ia tidak membataskan jodohnya pada masa depan.

“Saya tidak pernah serik untuk berkahwin lagi apalagi jika ditakdirkan jodoh dengan artis. Saya serahkan segala-galanya pada takdir,” katanya.

Kredit : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply