Cop Parking Lagi! Netizen Bengang Pemandu Viva Plat ‘D’ Buat Hal Di Mall, “Plat D Biasalah Tu… Nak Bergambar Depan Mid Valley.“

MESKIPUN Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan undang-undang berkaitan ‘cop parking’, namun masih ramai yang tegar melakukannya terutama di pusat beli-belah tumpuan ramai.

Terbaharu, gelagat seorang wanita berbaju hitam berdiri menunggu di petak parkir kosong di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur dirakam dan dikongsikan di TikTok.

*Video Berada Dibawah*

Menerusi video berkenaan, kedengaran wanita yang merakam insiden itu merungut kerana hampa dengan situasi yang terjadi.

“Kejadian cop parking kat mall. Orang penat pusing cari parking, dia boleh main cop… tolong viralkan ya,” tulisnya di kapsyen video berdurasi 23 saat itu.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai kurang ajar, pengunjung tersebut juga menyatakan dia sudah berada di parkir kosong berkenaan terlebih dahulu namun dihalang untuk memasukinya.

Beberapa ketika selepas itu, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam memasuki ruangan parkir berkenaan.

Bukan hanya tidak rasa bersalah kerana berkelakuan seperti itu, malah dia turut meletakkan kenderaan dalam keadaan senget.

Perodua Viva memasuki ruangan parkir selepas salah seorang penumpangnya menghalang kenderaan lain.

Perodua Viva memasuki ruangan parkir selepas salah seorang penumpangnya menghalang kenderaan lain.

Bagaimanapun video pertama yang dimuat naik di akaun TikTok milik Norafidah Azman dipadam kerana dikatakan berunsur buli sebelum menjadi tular di beberapa platform media sosial yang lain termasuk Twitter.

Menerusi perkongsian di ruangan Twitter, sekumpulan warganet mengaitkan tindakan wanita yang menanda parkir tersebut dengan tingkah laku orang tidak bertimbang rasa.

“Perangai orang tak guna otak macam ni la. Dah terbiasa sangat cop parking dekat pasar malam!

“Dasar mentaliti sampah, orang bodoh je main cop parking,” luah beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen mencadangkan orang ramai yang berdepan situasi sama agar bersikap tegas dan terus memasuki ruangan parkir kosong tanpa menghiraukan mana-mana individu yang cuba menghalang.

WhatsApp Image 2022-08-09 at 1.41.50 PM

Antara reaksi netizen.

“Patut masuk, tunjuk akta kesalahan cop parking.“

“Pernah sekali dekat R&R pakcik tu suka hati nak cop parking padahal saya dah bagi signal dulu sebelum dia terkedek-kedek sampai dekat kotak parking. Kisahnya saya terus melulu masuk parking makanya dia pun terpaksalah mengelakkan diri kalau taknak kena langgar.“

Plat D, biasalah tu… nak bergambar depan Mid Valley.

“Lain kali kalau nampak orang berdiri dekat parkir, redah je! Lepas tu ambil gambar dia, anything terjadi pada kereta dia adalah suspek.“

“Blok saja parking spot yang kawan dia berdiri tu. Biar kawan dia tak dapat parkir, kemudian lepak dalam kereta,” ujar beberapa netizen.“

“Dia pun dah petak mencarii parking mungkin.. biar le.. rezeki dia.. tu je usaha jalan terakhir mencari parking. Yg lain.. Terus kan mencari.. bahahaa.“

Terus menyusuri ruangan komen, kebanyakannya mengaitkan tindakan tersebut dengan isu kenegerian berikutan nombor plat kereta Viva tersebut bermula dengan huruf ‘D’.

Malah ciapan ringkas seorang pelayar Twitter yang mengongsikan video terbabit dengan perkataan ‘kelllll’ juga dilihat seolah-olah berkaitan kenegerian kerana ditafsirkan sebagai ringkasan kepada Kelantan.

Penguatkuasaan yang dilaksanakan.

Undang-undang berkaitan cop parking.

Namun individu yang berkongsi video berkenaan meminta orang ramai agar tidak menghukung rakyat negeri Kelantan yang mencari rezeki di Kuala Lumpur.

“Bukan salah nombor plat tapi pemilik kereta tu,” katanya membalas komen netizen.

Untuk rekod, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply