PENGANJURAN acara Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) baru-baru ini dicemari dengan kehadiran seorang model yang kelihatan seperti wanita berpakaian menjolok mata.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Individu berkenaan mencuri tumpuan warga maya selepas dia tampil memakai sut potongan formal serba hijau tanpa kemeja atau blouse.
Sementara itu, seorang lagi pelayar turut memberikan respons setelah terkejut melihat penampilan model itu kerana pada mulanya beranggapan gambar tersebut di ambil di Milan Fashion Week dan bukannya di Kedah.
Selain itu, terdapat satu tangkap layar dipercayai milik tuan badan yang memuat naik gambar asal sebelum menjadi tular.
Dengan menggunakan nama Ina (Ny@h), individu itu memaklumkan dia hadir ke KFW22 pada hari ketiga dengan tema Theme Of Stylo.
Untuk makluman, antara jenama yang turut serta ialah Icahfa, Qaira Hijab, Fana Couture, Carl Rino, HLA, Parkson, Nuway, Teva, Birkenstock Studio, Steve Madden dan Swarovski.
Susulan itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penganjur KFW2022 termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan tentang penampilan berkenaan.
Hasil semakan awal, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.
“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
“Dunia akhir zaman tak pelik memang terang dan jelas sejelasnya petanda² kiamat kecil di depan mata, segala bala bencana yang Allah turunkan sebab daripada perbuatan tangan² manusia itu sendiri. Muhasabah diri kita” – Putera
“Mmg tiap2 tahun show ni tp tahun ni paling over la plak. Agk nye da lama pkp tersimpan lama Sgt buah dada” – Leez
“Negaraku islam. tak rela ku dijajah.Tup tup….kluar lgi mcm ni.Kalau tk dsana..ia muncul disini..tk dsini tapi dsana pula.mcm gitula ulang2…” – Nasriq
Pakai baju hijau macam kena pulak dengan tema. Takdir…!!! pic.twitter.com/pTrMvG31NK
— Zack Rockstarᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠ (@zack_rockstar) August 9, 2022
Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.