Seorang lelaki yang juga merupakan pengawal keselamatan berjaya ditahan selepas lima tahun melakukan penyamaran sebagai anggota tentera.
Pengawal keselamatan kantoi menyamar jadi askar
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwar Ab Wahab berkata, pihaknya merampas pakaian seragam tentera beserta aksesori, antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.
“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejimen 508, Askar Wataniah, Kem Tampin.”
“Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018.”
“Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM.”
-Anuwar Ab Wahab-
Menyamar demi pikat janda dalam kem
Tambah beliau, siasatan mendapati suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.”
“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian.”
Beli baju dengan anggota lari tugas
Jelas beliau, suspek membeli pakaian seragam tersebut daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.
Susulan kejadian, kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Article sebelumnya,
Lupa niat merompak setelah tergoda melihat betis Janda
Pelik tapi benar! Seorang pencuri dikatakan mengubah fikirannya untuk mencuri selepas melihat kaki seorang janda yang menjadi mangsa ketika itu.
Memetik laporan Tribun News, suspek, Tri Wahyudi Sutopo, 30, telah ditahan oleh pihak polis berikutan tindakannya yang dipercayai cuba mencuri barangan milik seorang janda, G,23.
Difahamkan suspek ketika itu bertindak memasuki rumah mangsa bagi mencuri barangan kemas namun hasrat tersebut bertukar selepas melihat kaki mangsa.
Kejadian ini berlaku di rumah sewa mangsa pada Ahad yang lepas dan suspek sudah mengetahui wanita ini mempunyai barang kemas yang banyak.
Suspek ketika itu bertindak memanjat dari atas rumah mangsa sebelum disedari oleh wanita yang ketika itu terdengar bunyi dari bilik sebelah.
Tergoda tengok kaki janda
Bagaimanapun, suspek ketika itu bertindak mengambil telefon bimbit serta barangan kemas berupa seutas rantai tangan milik mangsa.
Namun, suspek akhirnya memulangkan semula barangan yang diambil sebelum melarikan diri berikutan tergoda melihat kaki mangsa dan terdapat cubaan untuk merogol wanita berkenaan.
Susulan daripada insiden tersebut, mangsa mengalami trauma yang teruk sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.
Difahamkan motif suspek berbuat demikian adalah kerana faktor ekonomi di Indonesia dan jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sembilan tahun.
Sumber redaksi.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.