Sebelum ini, viral dia media sosial mengenai beberapa individu seakan-akan wajah penumpang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang didakwa berada di pulau Diego Farcia yang merupakan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) milik negara British.
Susulan daripada dakwaan berkenaan, seorang individu dikenali sebagai Maiwati Azha mendakwa bahawa foto wanita sedang berzumba yang dimuat naik oleh pemilik akaun AFN Diego Garcia terbabit adalah dirinya.
Sah-sah lah tipu. Aku salah seorang dlaam gambar tu. Dari semalam kami penat melayan komen netizen Malaysia ni.
Bukan itu sahaja, di ruangan komen, seorang wanita dikenali Rozscun mengakui bahawa dia turut berada dalam foto terbabit dan mengatakan dirinya tidak ada kena mengena dengan kes kehilangan penumpang anak kapal MH370.
Difahamkan, foto berkenaan diambil ketika mereka sedang berzumba pada tahun 2018 di sebuah studio di Damansara, Selangor.
Saya dalam gambar tu. Kami masih dekat Malaysia tak ada kena mengena dengan kes MH370. Tu gambar lama studio di Damansara bukan kat sana (Diego Garcia).
Perkongsian gambar-gambar yang dimuat naik di page tersebut turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen pada ketika ini. Sehinggakan ramai yang tertanya-tanya apakah motif sebenar admin page tersebut menggunakan gambar orang Malaysia untuk page itu.
Ada juga yang mendakwa mungkin juga gambar yang dimuat naik itu adalah stock photo yang bebas digunakan oleh mana-mana pihak.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi yang tidak berasas yang boleh menyinggung hati keluarga mangsa nahas MH370.
“Saya dalam gambar tu, kami masih lagi dekat malaysia…”
“Habis tu siapa admin page diego garcia tu? Pelik ni.”
‘Instructor tu kawan dia’
Tersebar Wajah Terkini Mngsa MH37O, Tiba2 Anak Tampil Beritahu Sesuatu
SHAH ALAM – Misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 kembali mendapat perhatian netizen ekoran tular satu video yang memaparkan wajah terkini mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Susulan itu, Maira Elizabeth Nari, anak perempuan kepada ketua pramugara pesawat itu, Andrew Nari tampil mengesahkan bahawa gambar yang tular terbabit bukanlah bapanya.
Maira Elizabeth mengakui dirinya dihujani mesej yang memaklumkan mengenai seorang lelaki yang dipercayai mirip bapanya dalam video tersebut.
“Saya diberitahu bahawa orang ini (gambar yang tular) ialah bapa saya atau kelihatan sepertinya.
“Saya hanya ingin menjelaskan dia bukan (bapa saya). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghubungi saya melalui ‘direct message’ (DM) dan ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat membalas setiap satu mesej kerana terlalu ramai.
“Namun, saya menghargainya dan amat berterima kasih atas ingatan kalian,” katanya menerusi satu hantaran di ‘InstaStory’ di Instagramnya pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran ‘InstaStory’ Maira pada Sabtu.
Baru-baru ini, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kembali menjadi hangat apabila tular satu video yang memaparkan beberapa wajah terkini dipercayai mangsa-mangsa yang terlibat dalam kehilangan pesawat tersebut.
Video itu mendakwa mangsa kini berada di sebuah pulau batu karang kecil di tengah-tengah Lautan Hindi yang dinamakan Diego Garcia.
Antara yang tular ialah seorang lelaki yang dipercayai Kapten, Zaharie Ahmad Shah, pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid dan Andrew Nari.
Antara Video yang tular,
Teori konspirasi MH370 dekat Diego Garcia dah ada sejak 2014 lagi. Bukan baru pun. Sana ramai pekerja Filipina sebab tu muka ‘Melayu ‘. Kalau nampak ada yang iras mangsa MH370 tu sebab otak kau dah fikir macam tu . Itu la yang nampak sama. Saya tenung lama – lama tak nampak sama pun. Mata saya ada masalah kot ?
Gambar di bawah ini gambar juruterbang ( Zaharie Ahmad Shah ) dan pembantu juruterbang ( Fariq Abd Hamid ) .
Beza telinga, bibir, tahi lalat, bentuk senyuman, hidung.
Saya perhatikan gambar juruterbang dan pembantunya yang lain2 pun tetap beza dengan gambar orang yang didakwa muka sama tu.
Antara komen netizen,
Kau ingat US Army tu bodoh sangat ka bagi gambar “mangsa” MH370 masuk FB.
Tu la kau percaya sangat dengan kepala konspirasi macam Princeweed.
Kau pernah percaya yang dia kena rasuk Jin Yahudi dan sekarang kau percaya Mangsa MH370 kena brainwash duduk di pulau US Navy.
US Navy tak bangang buat kerja tak clean kalaupun betul ada Black Ops cuci otak orang,
Angakatan Tentera Malaysia kita pun tak bodoh untuk biarkan benda macam tu kalau betul berlaku.
Kes MH 17 dah buktikan bagaimana Tentera kita berjaya ambil “Kotak Hitam” di kawasan Perang Rusia dan Ukrain.
Jadi kalau betul Mangsa MH370 ada di Pulau tu. Mesti Para Pentadbir negara ini dah usahakan sesuatu.
Kalau pun Politikus negara kita ni bangang.
Kau kena ingat satu hal. Penjawat awam kita dan YDPA Agong tak bodoh nak duduk diam hal kedaulatan dan keselamatan negara.
Terakhir, Hormati Perasaan mangsa dan aku sengaja off komen sebab semak otak nak baca pendapat teori konspirasi.
Sumber : Oh Bulan / HCL
data-url=”http://www.awatttsyeikhh.com/gambar-wanita-dipulau-yg-dikatakan-sorok-mh370-jadi-bualan-netizen-wanita-itu-tampil-jelaskan-perkara-sebenar/” data-title=”Gambar Wanita Dipulau Yg Dikatakan ‘Sorok’ MH370 Jadi Bualan Netizen. Wanita Itu Tampil Jelaskan Perkara Sebenar – Awattt Syeikhhh Network”>
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.