“Ingat orang kat belakang ni tak sekolah ke nak kabel kabel..” – Ayat Tokram Kasi Memang Makan Dalam

PENAMPILAN pengacara Elly Mazlein di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sekali gus menepis dakwaan kononnya dia masih berselisih faham dengan salah seorang juri iaitu Datuk Ramli MS.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, apa yang berlaku antaranya dengan pengarah muzik itu adalah kisah lama dan dia telah memohon maaf berhubung isu berkenaan.

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan Tok Ram (Ramli) baik-baik sahaja. Sampai bila kita nak bermasam muka. Semua masalah ada jalan penyelesaian.

 

Elly profesional dan lupakan kisah lama.

“Saya dahulu yang minta maaf kepada Tok Ram dan sekarang ini kami dah boleh bergurau,” katanya kepada mStar.

Elly menjelaskan mengenai perkara itu ketika minggu pertama GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

“Ingat orang kat belakang ni tak sekolah ke nak kabel kabel..”-Tokram

Menerusi satu rakaman yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Tktok yusuffAnak7, kelihatan seperti Tokram atau nama sebenar nya Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli M. S menjawab persoalan yang diajukan oleh Dato Syafinaz dengan nada bergurau sahaja.

Namun perbualan tersebut mendapat perhatian ramai apabila ada netizen beranggapan Kak Lina yang dimarahi atau ditegur oleh tokram.

Namun semua itu adalah gurauan semata mata.

Lihat klip dibawah:

Lihat juga apa kata orang ramai:

@lionmom@: Dato’ Shafinaz lah ckp…..k.lina cover balik…pandai k.lina cover tok Naz.

@OneFauzy:Tu menganjing dlm diam… yg menang semua di tgn dia walau nampak mcm markah dr juri… 2 pemenang prnh, tiada penyingkiran prnh.

@Hailey:disebab kan Tok Ram ni asal Singapore dia kenal ramai musician diSingapore rasa nya.

@YusuffAnak7:ramai tegur…cuma mata tokram attack kk kepom..Dan tuju pd kk kepom….dengar balik..toknaz yg cakap..cenggitu

@YusuffAnak7:it refers to kind of connection for people to get to another level easily with ease..but they were literally joking about it

@YusuffAnak7:pembetulan: ramai tegur…yg cakap tu ialah TokNas….ok ok.noted

@Oten CutieFamily:actually sian Kak kepom terpaksa kurangkan joke dgn tokram Sebb isu lama.. kalau tak mmg kena bahan tu.. haha nasib Nabil ada

@NurAzlin.:lahh yg tokram tgok kak lina phl, kak lina kuat mmg kuat bergurau, tp x prnh brgurau smpai menyakitkan hati org

Sebelum ini Elly yang merupakan bekas peserta GV musim ketiga, pernah meluahkan rasa tersinggung dengan komen yang diberikan oleh Ramli sehingga membuatkan dia mahu mengambil keputusan menarik diri daripada program berkenaan.

Berkongsi pengalaman mengacarakan program untuk musim ini, Elly mengakui bimbang menerima komen balas penonton.
Dia bagaimanapun berusaha melakukan tugas tersebut dengan baik kerana kerjaya ini merupakan salah sumber pendapatan buatnya.

“Syukur kalau ada yang suka. Apa yang paling dirisaukan ialah penerimaan orang. Walau bagaimanapun bila diberikan tanggungjawab, saya cuba untuk berikan yang terbaik.
Saya dahulu yang minta maaf kepada Tok Ram dan sekarang ini kami dah boleh bergurau

“Sebab itu pun periuk nasi kita. Macam kita dalam sebuah kelaslah. Kalau nak dapat nombor satu, kita kenalah buat homework lebih dan sebagainya,” ujarnya.

Elly bergandingan dengan Nabil Ahmad bagi menggantikan Jihan Muse yang kini sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak kedua pada awal September lalu.

Mengakui gandingan Nabil dan Jihan sangat baik sepanjang lapan musim sebelum ini, Elly bagaimanapun berkata dia tidak mahu terikat dengan cara penyampaian sama dan mahu tampil dengan gaya tersendiri.

“Memanglah saya rasa gementar sehingga rasa nak pitam. Kita semua sudah tahu bagaimana Jihan dan Nabil sebelum ini cukup serasi sebagai pengacara program ini.

Ramai yag memuji keserasian Nabil dan Elly di pentas GV9.

“Saya akan kendalikan GV9 mengikut cara sendiri selain kemahuan program ini.

“Kita sedia tahu progres GV dari musim pertama hingga kelapan. Saya anggap amanah itu sebagai sesuatu yang berat sebenarnya terutama apabila memikirkan untuk mengekalkan momentum GV itu sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di media sosial, rata-rata penonton memberikan respon positif dan suka dengan cara pengacaraan Elly.

Malah, ada yang berpendapat gandingan Elly bersama Nabil dilihat serasi walaupun baru sahaja minggu pertama bersiaran.

GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad pukul 9 malam.

Untuk musim baharu ini, sebanyak 13 peserta bersaing iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Roy Kapilla, Cat Candy, VE.

Selain itu, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom, Asheed Def Gab C dan Hazrul Nizam

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply