Tahniah Pelakon Azri Iskandar Bakal Bernikah Sekali Lagi, Rupanya Wanita Bakal Isteri Baru Bukan Calang2

Kuala Lumpur – Sebelum ini, pasangan pelakon, Ellie Suriaty, 52, dan Azri Iskandar, 54, berp.isah selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.

Sah berc.erai talak satu di M.ahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.34 pagi, Ellie mengakui perc.eraian itu diperoleh atas permintaannya.

Pada Ramadan lalu, saya nekad mengemukakan perce.raian di ma.hkamah selepas empat tahun mengambil masa memikirkan semasak-masaknya.

Bukan sehari dua keputusan ini saya ambil, sudah empat tahun. Keputusan ini bukan saya buat dalam keadaan m.arah, ke.cewa atau secara tergesa-gesa.

Percayalah, sudah terlalu banyak hal yang saya fikirkan dan pertimbangan yang saya buat sebelum meminta Azri melepaskan saya, kata Ellie kepada Awani.

Sebelum perc.eraian difailkan, Ellie dan Azri sudah duduk berbincang secara matang untuk mencari kata sepakat.Kami sepakat, biarlah status sebagai suami isteri sahaja digugurkan, namun, kedudukan sebagai ibu dan ayah akan kekal selamanya.

Bakal Berkahwin Dengan Pemuzik

Pelakon Azri Iskandar mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.

Menurut Azri, dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera Abdul Hamid sebelum 23 Jun ini.

Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Azra, 43, atau mesra disapa Ara belum pernah berkahwin sebelum ini.

Azri sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar. Namun, pasangan itu sah berce.rai pada 17 Mei lalu.

Menurut Azri yang juga pelakon P.ontianak Harum S.undal Malam itu, majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana dia terpaksa memenuhi jadual kerja yang padat ketika ini.

Sekarang saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.

Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti, tuturnya.

Terdahulu,Baru seminggu bercerai, Azri Iskandar dah jumpa pengganti?

Baru seminggu bercerai talak satu dengan aktres Ellie Suriaty, aktor Azri Iskandar dikatakan sudah menemui pengganti baharu dalam hidupnya.

Spekulasi timbul apabila aktor berusia 54 tahun itu memuat naik sekeping foto bersama seorang gadis muda di laman Facebook story miliknya.

 

Memetik laporan Getaran, Azri bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa gadis itu adalah rakan pelakon yang digandingkan sebagai watak anak dalam telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.

“Gadis di dalam gambar itu bukanlah kekasih saya. Tapi, dia adalah pelakon baharu yang menjadi anak saya dalam telefilem bertajuk ‘Suri Rumah Terfeeling’.

“Nama dia Nur Atiqah dan dia jadi anak saya di dalam drama ini. Kami ambil gambar ini untuk dijadikan prop di dalam telefilem ini.

“Tolonglah jangan ada yang menganggap bukan-bukan. Kesian dia. Umur dia masih muda, hampir sebaya dengan anak saya. Nanti tidak pasal-pasal pula dia jadi mangsa tohmahan,” katanya.

Sementara itu, Azri juga berharap netizen tidak mengecam bekas isterinya selepas wanita itu berkali-kali meminta untuk berpisah sebelum ini.

“Tolonglah, jangan kecam dia. Dia tidak salah. Sudah memang takdir kami tidak lagi sehaluan dan terpaksa membawa hala tuju hidup sendiri.

“Ellie banyak berjasa dengan saya dan saya tidak akan lupakan segala jasa-jasanya itu. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.

“Sebagai sahabat, saya tetap akan membantu dia di kala susah dan senangnya. Tidak kiralah sama ada bantuan itu dari sudut wang atau tenaga,” ujarnya.

Kredit : Kosmo/MK/IG/OMM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply