Selepas lebih 30 tahun tidak mengenakan kebaya, pelakon Liza Abdullah akhirnya ‘terpaksa’ akur tampil berbusana tradisional itu khas untuk pementasan teater Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 15 dan 16 Oktober ini.
Liza atau nama sebenar, Norliza Abdullah berkata di kala usianya yang sudah mencecah 58 tahun dia lebih selesa menggayakan pakaian longgar namun tidak keberatan untuk memakai kebaya demi menjalankan tugasnya sebagai pelakon.
“Saya dalam usia macam ini kalau boleh nak pakai baju longgar sahaja, tapi disebabkan tanggungjawab, kita sarungkan kebaya.
“Siapa tengok teater ini dapatlah tengok saya berkebaya.
“Anak saya tadi pun terkejut sebab tak pernah nampak saya pakai macam ini… selama ini kan berlakon pakai baju longgar-longgar,” katanya kepada MH.
Liza ditemui pada majlis sidang media teater Nyonya di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam majlis itu juga, para pelakon teater berkenaan turut menunjukkan sebahagian fragmen yang terkandung dalam naskhah tersebut kepada pihak media.
Selain Liza, teater Nyonya yang diarahkan oleh Dr Rosminah Tahir ini turut menampilkan Vanidah Imran, Datuk Ziela Jalil, Eyzendy Aziz, Zera Hariz dan Deera Amin.
Sementara itu, ketika diajak berbicara soal jodoh, pelakon yang cukup terkenal dengan watak Mak Leha itu berkata jika boleh dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Bila kita berada pada usia-usia macam ini, kalau boleh nak elak soalan macam itu (jodoh).
“Soalan itu akan menyinggung banyak pihak,” katanya lagi.
Teater Nyonya yang sudah memasuki edisi kesembilan ini bakal dipersembahkan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 15 dan 16 Oktober depan.
Tiket dijual pada harga RM30 dan RM50.
Nyonya yang dianjurkan oleh CTRA Production dan A4 Communications ini mengisahkan tentang Nyonya seorang wanita kaya yang harus ‘berperang harga’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barangan antik.
Sedikit info Liza Abdullah,
Norliza binti Abdullah (Jawi: نرليزا بنت ابدللح; lahir 6 Jun 1964) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia sejak era 80an. Beliau popular dengan lakonan filem Pagar-Pagar Cinta lakonan bersama AR Badul.
Beliau pernah berkahwin dengan Zolkifli Abdul Rahman pada 1988 dan memfailkan perceraian pada 2014.
Beliau mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan bersama Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud pada 1985.
Beliau sering muncul dengan watak komedi dan lakonannya yang paling diingati adalah sebagai kekasih AR Badul dalam filem Pagar-Pagar Cinta serta gadis sunti dalam Jejaka Perasan bersama Salih Yaacob.
Pada tahun 1998 beliau kembali merakamkan lagu menerusi album Samarinda yang berkonsepkan pop etnik.
Sumber Media Hiburan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.