Mangsa Kemalangan Ada Mesej Kawan-Kawan Sebelum Ke Makkah, Rakan Dedahkan Rupanya Ini Yang Arwah Minta

BERITA kematian Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang rentung dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu ternyata mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen.

Tidak terkecuali tentunya bekas rakan sekuliah Allahyarham dari Politeknik Merlimau iaitu Mohammad Syafiq Shariff yang mengaku masih terkejut dan sukar percaya dengan khabar duka itu.

“Saya ada buat bisnes tudung dan arwah Azie (Nazihah) selalu beli dengan saya. Jadi saya selalu pergi buat COD ke rumahnya. Kali terakhir kami jumpa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa tahun 2021.

“Walaupun lama tak berjumpa, kami masih contact dan berbalas komen di media sosial. Saya pun baru je tengok Instagram story arwah sebelum kejadian. Tiba-tiba kawan telefon, dia tanya dah tahu ke mengenai Azie?

“Saya terus tanya kenapa… Kawan saya pula tanya, betul ke Azie dah meninggal. Masa tu saya sedang memandu, saya terus berhenti di tepi jalan. Kemudian baru saya tengok video yang dikongsi,” ujarnya.

d04cf044-2596-4d6b-a5ec-ae0bde33477f

Azie (baju pink) ketika reunion 2.0 JPKK pada tahun 2018.

Senang disapa Syafiq, dia kini turut berada di perkarangan rumah keluarga Allahyarham di Kampung Batu Empat, Kota Tinggi dan sedang menanti kepulangan jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

“Saya sampai di kediaman arwah sekitar pukul 10.30 pagi. Saya masih ada di sini, bersama rakan-rakan arwah dari Politeknik Merlimau. Jenazah belum sampai lagi.

Hari tu dia doakan kami dari Makkah, hari ini satu Malaysia doakan arwah.

“Kami sama-sama kenal ketika belajar. Kami sebaya umur 28 tahun dan ambil jurusan perakaunan. Kami bersahabat sebab sama-sama terlibat dalam Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK),” dedahnya lagi.

Menurut Syafiq, Allahyarham dan rakan-rakan dari politeknik turut merancang untuk bertemu dalam majlis reunion, namun hasrat itu tidak kesampaian selepas berlakunya tragedi berkenaan.

“Dalam JPKK ada 30 orang. Jadi kami guna istilah 30 adik-beradik sehingga ke hari ini. Kali terakhir kami buat reunion pada tahun 2018. Kami ada plan untuk buat lagi tapi nampaknya tak kesampaian.

“Arwah pun ada cakap kat sahabat-sahabat lain bahawa dia teringin nak berkumpul 30 adik-beradik. Kami dah macam ahli keluarga. Jarang berjumpa tapi ikatan masih erat,” ujarnya lagi.

Paling sayu katanya, Allahyarham juga ada menghubungi rakan-rakan sebelum berangkat menunaikan umrah di Makkah sekitar September lalu.

azie1

Kisah kematian tragis Azie mengundang sebak netizen sejak Sabtu malam.

“Arwah baru je pulang dari menunaikan umrah. Sebelum berangkat ke sana, arwah ada WhatsApp kami kawan-kawan semua, dia minta doa agar dipermudahkan dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana.

“Hari tu dia doakan kami dari Makkah, hari ini satu Malaysia doakan arwah,” ujarnya yang menetap di Masai.

Terdahulu, video memaparkan suami Allahyarham iaitu Muhamad Redzuan sedang meraung kerana isterinya berada dalam kenderaan terbakar pada Sabtu mengundang simpati netizen.

Menerusi rakaman itu, Muhamad Redzuan meraung sambil menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan isterinya, sambil dipujuk oleh orang awam agar bersabar.

Foto kenangan ketika pasangan itu mengerjakan umrah, September lalu.

Foto kenangan ketika pasangan itu mengerjakan umrah, September lalu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor mengesahan kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.

Kemalangan itu melibatkan kereta Proton Wira, Proton Preve dan Toyota Vios serta sebuah lori Isuzu.

Selain Nurul Nazihah yang menaiki Proton Wira, seorang lagi mangsa maut yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios.

Video,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply