Sdg Aku Bersama Suami, Mak Mertua Selamba Masuk Blik. Ayah Mertua Pula Ambil Foto. Hanya Jmpa Helaian Rambut, Kami Dituduh Mcm2.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku Mimi, sudah berkahwin, ada seorang anak. Aku ceritakan sikit latar belakang aku. Aku berkahwin atas restu kedua pihak (itu yang dinyatakan).

Walaupun pada mulanya, memang ada konflik antara ibu dan bakal ibu mertua aku (mertua aku marah mak aku tanpa usul periksa dan salah dari anak diaorang sendiri which is tunang aku masa tu) tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Setelah berkahwin, suami memilih untuk tinggal sementara dirumah mertua memandangkan suami masih tak dapat kerja tetap dan ada bilik kosong yang selesa untuk kami.

Suami aku hanya ada 3 beradik, jadi aku fikir tak susah lah untuk aku ngam dengan semua orang.

Tapi, setelah 3 bulan berkahwin, mak mertua aku mula gunakan kuasa veto as “queen”. Hampir semua yang aku buat, tak kena.

Dia bentak aku. Dia marah. Dia panggil aku untuk “berbincang” tapi isinya cukup buat aku rasa terhina.

Dia pesan supaya aku menjaga penampilan diri suapaya suami aku tak cari lain sebab katanya dekat luar tu ramai lagi orang cantik cantik dari aku, sedangkan aku sakit waktu tu, seminggu aku tak dapat bangun dan urus diri.

Kalau kami keluar, dia akan whatsapp suruh balik cepat atau pesan siap siap balik nanti kena tolong dia kemas rumah, mop lantai dan sebagainya.

Dia pernah ketuk pintu bilik aku pukul 6.30 pagi sebab nak suruh aku tolong dia siapkan sarapan dekat dapur.

Dia pernah bukak pintu bilik aku tanpa minta izin, sedangkan dia tahu aku dengan suami ada dalam bilik.

Dia ambil hadiah hadiah kahwin aku mana yang dia berkenan dan mahal mahal tu untuk kegunaan dia dekat rumah juga tanpa izin.

Time aku balik rumah mak ayah aku, dia selalu whatsapp kadang suruh balik dan sebagainya.

Pernah juga dia whatsapp aku dan suami, marah marah katanya toilet dalam bilik kiteorang, kotor sampai geli nak guna.

Aku pelik, sebab sebelum aku keluar aku mesti pastikan bilik air cuci dan bersih. Bila tanya bapak mertua aku, dia snap gambar toilet. Rupanya, ada kesan rambut yang terlalu sikit je.

Kalau nak cerita, banyak lagi benda lain yang dia buat. Dia pernah tolak aku time pregnant, dia pernah tepis tangan aku bila nak bersalam.

Dia pernah, berpaling muka dari pandang aku. Dia pernah hina keluarga aku, dia hina aku. Banyak. Terlalu banyak.

Semua nie berlaku, bila dia terasa hati dengan suami aku. Sedangkan punca dia terasa hati tu pun, sebab dari sikap dia sendiri.

Mak mertua aku jenis sayang anak tak bertempat pada pandangan aku. Bila anak dia salah, sehabis boleh dia akan usaha untuk menafikan.

Jadi, bila dia geram atau nak marah, dia akan lepaskan pada aku. Beberapa tahun, aku cuba senyapkan sendiri.

Tahan, pendam. Mak mertua aku demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati.

Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku. Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sedih dengan sikap kami yang nampak mcm lebihkan family in law aku. Ampunkan saya, mak ayah..

Akhirnya, kami pindah rumah lepas berlaku satu kejadian yang lebih teruk. Aku tak boleh cerita dekat sini. Nanti cerita nie jadi terlalu panjang.

Terbaru, hari raya pertama baru nie. Aku dengan suami memang dah maklum awal pada keluarga mertua yang raya tahun nie kami akan beraya dengan keluarga aku.

Memandangkan kami semua duduk dalam satu negeri, tak jadi masalah lah untuk kami berulang.

Nak dijadikan cerita, suami aku kena kerja shift malam, malam sebelum raya dan malam hari raya. Jadi agak penat lah.

Hari raya pertama, lepas habis shift habis kerja dalam pukul 7 pagi, suami aku terus bersiap dan gerak balik rumah mak ayah aku, sampai dalam pukul 8.30 pagi.

Kami siap siap untuk solat, bermaafan, bergambar, makan semua. Jadi dalam pukul 1 tengahari dah settle.

Aku suruh suami aku rest dulu sebelum balik rumah parents dia. Sebab aku taknak kalau balik sana nanti, dia tidur je. Mcm takde function lah kan raya tidur je. Hahaha.

Dah la nak berziarah tak boleh sangat. Jadi aku pilih untuk dapatkan kualiti masa yang baik.

Walaupun mungkin sekejap, tapi biar berbaloi. Dalam pukul 4 petang suami aku bangun dan kami terus bersiap. Tengah kami bersiap, bapak mertua aku call.

Suami aku angkat, tapi dia diam je. Sambil mata merah tahan nak menangis. Suami aku suruh aku keluar bilik sekejap sampai dia selesai bercakap.

Aku keluar sambil siapkan bekalan untuk family mertua aku. Bila suami aku keluar dari bilik, dia cakap jom dan “tak jadi balik Putrajaya..”

aku lagi lah musykil kenapa pulak dah, kan nak raya dengan family dia.. Dia tak jawab apa apa, tapi aku dapat hidu macam ada sesuatu yang jadi. Isteri kan ada 6senses. Haha.

Rupanya, masa call tu dia kena marah dengan bapak mertua aku. Macam macam ayat suami aku dapat. Tanya bila nak sampai, tanya kenapa sekarang baru nak siap dan akhirnya dia cakap “tak payah balik”. Korang banyangkan apa perasaan kitaorang, terutama suami aku.

Dia punya excited nak balik dengan penat penat tu, dia ada juga cakap dengan aku waktu nak bersiap tu yang dia tak larat sebenarnya, tapi takpe lah. Kita balik je.

Sekali, bila dapat call tu, boleh pulak dia kena marah.. Aku pun tak faham mana silap kami.

Bukan ke semua dah maklum yang tahun nie turn keluarga aku? Bukan ke suami aku dah maklum akan balik petang petang sikit memandangkan suami aku kerja?

Aku diam. Aku tak kata apa melainkan aku terkejut dan cakap, “ehh, bukan dah tahu ke kita raya dengan mak ayah saya tahun nie?”

Aku tak puashati, malam tu aku tanya kakak ipar aku apa masalah sampai nak marah marah mengamuk macam tu.

Rupanya, sebab diaorang fikir kalau smpai lewat nanti akan kelam kabut dan sekejap je dapat spend time. Allahu. Menggigil aku tahan marah. Astaghfirullah.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Selalu sgt jadi kejadian macam nie terutama bila kami dari rumah mak ayah aku.

Aku penat sangat. Berat aku turun mendadak since selalu stress dengan benda benda macam nie. Mak mertua aku jenis nak sempurna semuanya dan terlebih touching tapi garang.

Haha. Dia suka cakap aku dah rampas kasih sayang anak dia dari dia. Dia kata aku nie dah jauhkan anak dia dari dia. Sedih aku.

Selama aku belajar, ibu tu ada kedudukannya yang tersendiri dan batas pada ank lelaki. Isteri pun sama.

Ibu, takkan boleh jalankan tanggungjawab seorang isteri, begitu juga seorang isteri selamanya takkan boleh naik taraf setinggi ibu. Aku tak pernah terfikir nak rampas anak lelaki orang dari ibunya.

Aku sampai dah tak tahu apa cara lagi nak buat atleast ada baiknya tentang aku pada pandangan dia.

Aku pernah bagi dia kuih yang aku buat sendiri sempena birthday dia, terima kasih takde, apa takde. Yang ada, dia tanya aku, “guna santan kotak ke? Boleh rasa santan kotak tu..” kau rasa??

Hahaha. Penat giler aku nak melayan. Bukan aku tak pernah belikan hadiah atau tanya kaba dia, tapi setiap kali buat baik ada je yang tak kena. So, aku stop membazirkan masa dan duit aku untuk buat dia bahagia pada sangkaan aku tu.

Aku dah dapatkan kaunseling, nasihat dan pandangan dari asatizah dan ulama ulama untuk diri sendiri. Aku cuba perbaiki, so biasanya aku akan okay sikit.

Tapi nanti ada je kejadian aneh lagi. Aku sebut aneh sebab logik akal, tak perlu marah, tak perlu terasa, dan benda yang sedia maklum kita inform awal awal.

Tapi, untuk side dia, dia berhak untuk marah sebab dia ibu dan syurga suami aku dibawah Mak mertua aku jenis demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki.

Jadi, aku banyak makan hati. Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku.

Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sedih dengan sikap kami yang nampak mcm lebihkan family inlaw aku. Ampunkan saya, mak ayah..

Aku buntu. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Aku rasa nak lari jauh jauh, penat nak hadap semua nie.

Aku kuat pertahankan rumahtangga aku nie, sebab suami aku sendiri. Dia sangat memainkan peranan.

At least, dia boleh bezakan mana betul mana salah tapi masih lagi menghormatti dunia ibu dia. Itu aku syukur sangat sangat.

Ujian aku nie, taklah teruk mana. Paling tidak suami aku, masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah yang baik untuk keluarga kecil kami dan anak yang baik walaupun mcm tak pernah dihargai.. huhu. Aku kena bersyukur part nie. Alhamdulillah

Korang doakan aku dan keluarga supaya kami jumpa jalan keluar dan selesaikan masalah nie cepat cepat.

Aku ingat, bila dah habis Ramadhan, kami akan berbaik bermaafan tapi tak sempat bermaafan, terus kena balik. Hahaha. Aduhai. Moga cepatlah pelangi indah itu tiba :’)

Mana yang baik, jadikan ped0man. Yang buruk, jadikan ikhtibar. Semoga kita, tidak mengulangi kesilapan yang sama pada anak anak dan menantu kelak sebab kita tahu betapa sakitnya disakiti dan dizalimi begini.

Aku pegang satu benda je since dah jadi mak nie, memang Syurga tu terletak pada kaki ibu tapi kita belum tentu dah jadi sebenar syurga untuk anak anak dan dekat alam barzakh nanti, kita pula yang perlukan doa anak-anak.

Bayangkan kalau kita mening gal dunia, anak anak taknak doakan kita. Dekat akhirat nanti, anak anak pula tuntut segala benda yang kita tak jalankan dengan baik.

Nauzubillah. Takutnyaaaa. Astaghfirullah. Jadi, kita nie sebenarnya hidup saling memerlukan.

Betul la setiap ujian tu sebenarnya, satu pengajaran berharga untuk kita. Hanya iman yang menentukan ia jadi jalan ke Syurga atau ke Neraka.

Sekian…

Aku minta maaf kalau ayat aku kucar kacir, terima kasih admin, jika tulisan aku nie disiarkan.

Kredit : kisah rakyat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply