“Main Gym Sokong, Nyanyi Bangkang Habis-habisan” – Ini Reaksi Netizen Bila Tengok Aliff Syukri Mula Pergi Gym

Terbaru, jika dilihat di media sosial, kelihatan Dato’ Sri Aliff Syukri mula berkongsikan kepada peminat mengenai aktiviti hariannya di gymnasium melakukan aktiviti senaman.

Bersenam Bersama Keluarga

Meninjau di Tiktok milik Aliff, dia kelihatan komited dalam melakukan aktiviti senaman dan nampaknya Aliff seolah-olah sedang melakukan aktiviti yang membina dan menguatkan ototnya.

Dalam video tersebut juga, Aliff yang melakukan senaman di gym dilihat turut bersenam bersama anaknya yang dibantu oleh ‘personal trainer’.

Petanda Filem Baru?

Disebabkan video yang dimuat naik tersebut, ada juga netizen yang mendakwa Aliff melakukan aktiviti gym tersebut kerana dia akan mengeluarkan produk terbaru tidak lama lagi.

Tetapi ada juga yang tidak menolak kononnya Aliff mula membina otot kerana akan terlibat dengan pembikinan filem Badang 2.

Netizen Mula Sokong

Diruangan komen, netizen mula menyokong dengan aktiviti yang telah dilakukan oleh Aliff sehingga ada juga yang mengharapkan supaya Aliff dapat mengeluarkan produk ‘supplement’ untuk orang yang pergi ke gym.

Malah netizen juga turut bersetuju dengan aktiviti yang dilakukan Aliff dan membuat perbandingan antara aktiviti gym dan juga mengeluarkan single lagu.

Rata rata menyatakan Aliff lebih baik melakukan aktiviti senaman di gym dan mereka membantah sekiranya Aliff ingin bernyanyi semula.

Video,

https://youtu.be/2Q5OSqP3qC0

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply