Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu Datuk Mastura Mohd Yazid dipercayai mempertikaikan mengapa parti Barisan Nasional (BN) tidak mengotakan janji untuk meletak sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada PRU-15 kelak.
Tambah Mastura, tiada satu nama calon wanita dinamakan di Perak dan Negeri Sembilan.
Menerusi laporan Harian Metro, Mastura, 61 antara nama yang tidak dicalonkan untuk mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak, sebaliknya tempat beliau digantikan Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Chandan.
Ada Rakyat Kuala Kangsar kecewa
Berikutan daripada itu, segelintir masyarakat di Kuala Kangsar berkata mereka mahukan Datuk Mastura sebagai ahli parlimen di kawasan berkenaan.
Tambah penduduk, ibu mentua kepada pelakon, Mira Filzah itu sangat baik, prihatin dan banyak membantu masyarakat di Kuala Kangsar.
Ujar mereka lagi, beliau seorang yang selalu turun padang dan mendengar keluh kesah penduduk.
Kalau nak cerita cukup panjang. Kami harap datuk dapat lagi menjadi ahli parlimen. Kami nak ucap terima kasih kepada datuk kerana sentiasa ada untuk kami di Kuala Kangsar ini.
Kami doakan datuk sentiasa berada di dalam lindungan yang maha Esa. Kami berharap datuk terus berjuang.
Antara komen netizen,
Terima Dengan Hati Yg Terbuka..Jgn Jadi Lalang …Tidak Ikhlas Dlm Perjuangan Parti…Beri Laluan Kpd Yg Lebih Muda Supaya Segala Ada Perubahan Dlm Menjadi Seorang YB…Klau Asyik Org Yg Sama Je…Kita X Nmpak Pun Perubahan Nya…Mohon Maaf Lah Ye ..Sekadar Memberi Pandangan
Bagilah Peluag Yang Muda Pulaklah..Orang Muda Pon Banyak X Pekerjaan..
Kak Mah Udah ‘Down’, Facing Court Case …Sang Suami Banduan Dlm Penjara Kajang — His Geng Juga Ramai Ah Tak Dpt/Tak Ada Projek Lagiiii
Elok Pun Xdicalon. Bkn Byk Jasa Pun Dlm Party N Negara. Buat Jasa Dulu Pastu Pru16 Or 17, Bleh Jdik Calon. He Hee Heee
Dia Ni Bukn Ada Pape Jasapun, Cuma Kesinambongn Dari Arwah Suaminya..
Cubalah Buka Minda Sikit Org Kuala Kangso……Ikutlah Presiden Kita,Kita Buanglah Segala Hasad Semua.Hari Semakin Dekat….Parti Lain Dh Elok Je….Bn Tak Sudah2 Lagi. Sayanglah Partin..Ikut Jelah
Sumber: Harian Metro via OhBulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.