Empat Tahun Simpan Rahsia, Harris Anuar Kini Sah Bergelar Suami!! Isteri Haris Anuar Bukan Calang Calang Orang Rupanya

JARANG berkongsi kisah peribadi di laman sosial, pelakon Harris Annuar dalam diam-diam sudah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu pelakon dan model Asha Merican pada Sabtu.

Pelakon Harris Annuar hari ini sah bergelar suami kepada pelakon dan model Asha Merican. Menerusi Instagram Live di akaun @harrisanuar, Harris dan Asha selamat diijabkabulkan sekitar pukul 4.00 petang.

Dengan hanya sekali lafaz, Haris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1001.00 kepada Asha. Majlis pernikahan itu disaksikan keluarga oleh kedua-dua belah pihak serta rakan selebriti antaranya Hun Haqeem dan Safwan Nazri.

Haris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar kelihatan sebak saat dicium oleh ibu kesayangannya, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton sejurus usai akad nikah.

Sebelum ini, aktor berumur 29 tahun ini ada memuat naik video sedondon memakai busana berwarna putih dengan kapsyen, ‘Selepas empat tahun.’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat peserta Hero Remaja 2017/18 terkejut kerana pasangan ini tidak pernah menayang percintaan di media sosial.

Selain dihujani ucapan tahniah, ada juga kalangan wanita yang meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui ‘crush’ mereka sudah menjadi milik Ash.

 

 

 

 

Sedikit info Harris,

Mohammad Harris bin Shahrul Annuar (lahir 14 Mei 1993) ialah seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Hero Remaja 2017/18 di mana Harris memenangi tempat ketiga. Harris ialah adik kepada pengacara TV, Nadia Annuar dan sepupu kepada Neelofa.

Dia sering membuat video pendek di media sosialnya untuk menunjukkan bakatnya kepada industri perfileman dan fesyen.

Sekadar info, Harris merupakan anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau Kak Ton, manakala Asha adalah pelakon drama Rindu Yang Terlarang di Astro Ria.

Sumber Ohbulan, Wiki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply