Foto sekadar hiasan. Hye krt…Aku pinjam fb kawan sebab aku tiada fb.. Hide profile ye. Macam ni, apa perasaan korang dapat bini yang rasa dia ni seorang yang bujang. Tak mengaku diri tu dah berkahwin. Selama ini, aku hormat dia sebagai seorang isteri tapi dia langsung tak hormat aku sebagai suami..
Aku biarkan dia leka dengan media sosial sampai aku leka tanggung jawab aku sebagai suami..
Selama ni aku tak tahu pun apa yang dia post kat fb.. Sampai satu masa tu dia diviral kan sebab post perkara yang tak senonoh dalam fb..
Mula-mula tu aku tak percaya.. Lepastu aku pinjam fb kawan aku ni untuk stalk dia..Sampai hati dia.. Post pasal aib aku, keluarga aku min.. Dia memperburuk-burukan nama baik keluarga aku..
Bila aku scroll-scroll lagi aku jumpa gambar tak senonoh dia.. Bukan main lelaki komen.. Cakap hot la,, comel la.. Lepastu aku ternampak satu posting ni..
Posting dia lebih kurang macam ni “Like gambar saya sampai mencecah 500likes.. Nanti saya buat live pkul 3a.m”..Isteri aku ni memang selalu tidur lewat min.. Jadi aku tak hairan pun dari dulu.. Aku pun perati kan gerak-geri dia..
Aku pura-pura tidur sampai berdengkur.. Aku perhatikan dia perlahan-lahan bangun dari katil lepas tu pergi ke bilik mandi..
Aku pun ikut dia dari berlakang..Sampai ke bilik mandi Aku dengar bunyi air je dalam tu.. Lepastu aku intai.. Korang tahu apa yang dia buat??
Dia buat live min.. Live secara tak berpakaian. Aku sergah pintu tu dengan tiba-tiba. Dia terkejut, Aku rampas hand phone dia lepastu aku ajak dia pergi keruang tamu..
Malam tu memang brbalah besar kami min.. Skit nya hati aku dia buat macam ni.. Sim dia aku patahkan.. Hand phone dia aku pecahkan.. Tak sangka selama ni aku bekerja 2 shift siang dan malam,, ini kerja dia selama ini..
Aku sayangkan dia,, aku kutip dia sebab mak ayah dia buangkan dia lepas dia kantoi hisap benda terlarang dulu.. Patut lah berpisah dengan bekas suami sebelum ni..
Aku dulu memang tak percaya dia ni kaki bahan terlarang,, kaki lelaki dulu-dulu.. Malam tu jugak dia mengaku segalanya..
Dia mengaku pernah ada hubungan dengan beberapa orang lelaki termasuk kawan baik aku sendiri.
Dia mengaku dia pernah terlanjur dengan kawan aku sampai trbunting. Tapi dia buang ank dalam kandungan tu.. Post di fb pasal dia keguguran..
Punca keguguran aku selalu push dia untuk kruskan badan.. Aku ni tak pernah pun hina fizikal dia..
Dia tu gmuk sangat min. Sampai 110kg berat dia..Tapi sampai hati dia tuduh aku atas punca keguguran tu.. Semua yang komen backup dia bagai aku ni suami yang dayus..
Elok lah dia keguguran masa tu.. Sebab aku tak nak bela anak bukan dari benih aku.. Awal pagi tu aku panggil mak ayah aku dan semua adik beradik aku datang ke rumah..
Aku panggil jugak mak ayah dia supaya datang ke rumah.. Bersaksi kan kedua-dua belah pihak,, aku lepaskan dia dengan talak 1..
Aku suruh mak ayah dia ambik dia semula. Macam mana aku ambik dia secara baik dulu,, aku pulangkan balik dia secara baik..
Aku ceritakan segala-galanya depan keluarga kitorang.. Biarlah dia malu,, selama ini dia tak pernah pun malu post perkara yang tak senonoh dalam fb..
Aku pesan kat lelaki luar sana,, jangan biarkan isteri anda leka dengan media sosial.. Selalu check hand phone isteri anda..
Itu je yang aku nak pesan.. Sekarang aku on the way nak pergi court.. Semoga dipermudahkan urusan aku nanti..
KISAH KE 2 Lebih Mendebarkan
Setiap kali bersama dengan suami, aku terbayang dosa yang aku dah buat dengan rakan ofis aku. Rasa jjik dan hina dengan diri sendiri, rasa bersalah setiap kali terpandang suami yang terlalu baik melayan aku tapi aku tergamak buat….
Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah kesilapan paling besar pernah saya lakukan seumur hidup saya. Perkara yang saya sendiri tidak terlintas di fikiran. Saya, seorang isteri, ibu dan berkerjaya.
Syukur, kehidupan kami sentiasa penuh dengan senyum tawa, kegembiraan lebih-lebih lagi dikurniakan pengikat kasih sayang yang kami nantikan selama lima tahun berkahwin.
Saya menikmaati kehidupan dengan penuh kasih sayang di samping suami yang sentiasa memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya.
Dikurniakan suami yang begitu penyayang, penyabar, rajin dan baik membuatkan saya cukup bersyukur di atas kurniaanNya. Namun, saya telah melakukan perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan saya ini.
Saya bekerja di sektor yang memerlukn berurusan dengan majoriti lelaki. Nak dikatakan cantik, tidaklah secantik mana.
Mungkin kerana saya agak peramah dan bentuk badan yang tidak terlalu berubah menyebabkan kebanyakannya menganggap saya bujang.
Daripada segi pemakaian tidak pula menjolok mata. Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya harus menjaga nama baik suami dan maruah diri ketika di luar.
Walaupun kadang kala saya lupa diri seketika dek kerana semua orang memuji saya persis anak darra.
Dalam ramai-ramai kenalan kerja saya, ada rakan sekerja lelaki yang agak rapat dengan dengan saya, walaupun berlainan syarikat.
Kami sentiasa berurusan melalui telefon, jumpa, kerja bersama hingga malam. Tak pernah sehari pun kami tak berjumpa.
Rakan sekerja ini pun sudah berumah tangga dan punya dua anak. Kadang kala kami kongsi hal-hal keluarga atau perihal anak.
Agak seronok kerana kami tidaklah sentiasa fikirkan hal kerja sahaja.Kami keluar makan sama. Teman balik sampai kereta. Lama kelamaan, kami berborak soal hati dan kata-kata manja.
Walau bagaimanapun, apabila balik ke rumah, kami tidak berhubung kerana menghormaati masa bersama keluarga.
Hanyut dengan kata-kata manja dan layanan baik setiap pertemuan menjadikan kami lupa akan dosa yang dilaknat Allah SWT.
Bermula dengan c1uman di pipi, akhirnya melarat hingga berplukn. Setiap kali masuk kerja, kami tak lepaskan masa yang ada jika kami bekerja berdua.
Plukn itu umpama suami isteri. Lupa masing-masing telah berkeluarga. Whatsapp kami penuh dengan kata indah, kasih sayang.
Namun, semua itu, tidak kami tunjukkan pada umum. Baru-baru ini, saya pergi kursus di sebuah negeri. Si dia sanggup menemani saya dengan memandu jauh selepas waktu kerjanya gembiranya ingin menemani saya ke sana.
Padahal dia bekerja pagi tu. Si dia sanggup. Saya terharu dengan pelawaannya untuk menemani saya di sana. Kami berlainan bilik namun malam tu si dia mengajak saya menemaninya di bilik.
Akhirnya kami berdua hanyut dan terlnjur. Saya terlnjur dengan insan lain. Selama bertahun-tahun saya berkahwin, tidak pernah terfikir dan terniat di hati untuk melakukan perkara yang dilaknat.
Saya tak sangka sanggup berzina dan memberikan diri yang selama ini dijaga untuk suami kepada orang lain. Agak sedih dengan perilaku sendiri, saya malu bila memandang diri ke cermin.
Saya telah mengkhianati kepercayaan dan kasih sayang suami. Saya membelakangkan suami kerana tidak dapat menahan naffsu syaaitan.
Kini bila saya pandang suami dan anak, saya rasa berdosa sangat pada mereka. Saya rasa kotor sangat diri ini untuk mendekati suami yang begitu baik. Saya sentiasa terkenang dan teringat akan perbuatan saya setiap kali saya bersama suami.
Ya Allah, air mata ini laju saja bila terlintas perkara itu. Mengapa iman saya terlalu rapuh walhal selama ini saya jaga dan berhati-hati bila mendekati orang lain.
Saya tak sanggup memberitahu pada suami yang saya telah terlajur dengan orang lain, suami orang.
Setiap kali saya solat, hati saya jadi sayu. Saya berdosa sangat dalam hidup saya. Adakah Allah akan mengampuni diri saya?
Adakah patut untuk saya beritahu pada suami bahawa isteri yang amat dikasihi ini telah terlnjur? Apa yang patut saya lakukan?
Bantulah untuk saya berasa tenang dan dapat menikmaati kehidupan saya seperti sebelum ini.
Saya dan si dia mengambil keputusan untuk tidak akan mengulangi kesilapan besar ini. Kami berjanji untuk tidak akan terlalu rapat tak kira bila dan di mana.
Walaupun hakikatnya kami malu dengan perilaku masing-masing. Bila sudah berlaku barulah teringat keluarga. Pengalaman yang cukup pahit dan kesilapan terbesar dalam hidup saya. Bantulah saya.
Sumber IIUM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.