Beberapa hari yang lalu, Mstar aaa melaporkan usahawan Mawar Karim mengeluarkan kenyataan seakan memberi bayangan mengenai kesusahan kehidupannya sebelum ini. Lebih mengejutkan, dalam kenyataan seperti menggambarkan dia menanggung keluarga sewaktu berstatus isteri pada suatu ketika dahulu.
Meskipun hantarannya itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun ia seakan-akan memberi bayangan individu tersebut pernah hidup bersamanya.
Tidak mengambil masa yang lama, bekas suami Mawar, Fizo Omar memuatnaik foto bersama keluarga barunya.
“Small family with big happiness 🥰. Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah.semoga Allah berikan ketenangan buat semua.”- tulisnya
Dalam foto itu, Fizo menulis kapsyen yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang menfitnah beliau. Kata Fizo, dia menegaskan difitnah juga merupakan salah satu rezeki yang perlu disyukuri memandangkan ia akan memberi ujian bagi menguatkan diri sendiri.
“Nota kaki : rezeki Allah ni dtg dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan.”
‘Alhamdulilah Allah masih lagi berikan kesabaran’- Fizo Omar
Tinjauan kami di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan buat Fizo Omar akan terus kuat dan terus berjaya dalam hidup.
Bila Tgok Balik Si Mawar Tuu Yg Cuba Ungkit Semua Kisah,Cemburu Perempuan X Pernah Habis Kan? Moga Mawar Dapat Jdoh Yg Baru Mbhgiakan Dia Sbb Abg Joe Pn Dh Dpt Fazz Yg Baik..
Abg Joe Dh² La Dgn Si Sinun Perli2 Berdamai Kn Lbih Baik Mariam Ttp Ank Korang Brdua Nti Jd Gduh Truk2 Kn Susah Tuk Mariam.Cthila Sharnaz Mamu Kita Garang Tp Bab Jebat Dia Dgn Nabila Together Jaga Jebat Dan Xbgduh
Heran Jugak Aku Belah Sana Duk Cakp Duit Asyik Lesap.. Tgk Abg Joe Skrg Ni Hidup Mewah Je Walau Dah X Bersama Dgn Belah Sana.. Bertabah La Abg Joe…
Jarang Sekali Kak Ann Nak Komen Tapi Kali Ni Terpanggil Utk Bersuara. Sesungguhnya Fizo Seorang Yg Sangat BUDIMAN, Ditutupnya Aib Seseorang Walaupon Tak Habis2 Kena Fitnah. Tak Cukup Fizo Kena Fitnah, Aku Yg KUTIP Hang Pun Hang Fitnah. Maknusia Ka Apa Spesis Ni? Kekelaman Hati Yg Tak Boleh Di Tutup Dengan Mekap 3 Inci. Jangan Dibangunkan Rimau Yg Tidoq. Tunggu Masa Saja Aku Nak Kirai. Pi Duduk Diam2 Jaga Laki, Bini Dia Tak Ganyang Hang Pun Dah Cukup Baguih.
Just Positive Abg Joe. Org Matang Dia Natural X Sibok Ungkit Cerita Lama..Move On Lebih Tenang Dng Life Sekarang
Dua-Dua Tak Matang Patut Lah Mawar Mintak Cerai.Kalau Pihak Sana Membebel.Patut Pihak Sini Diam Je.Ada Anak Yg Perlu Di Jaga.Kesian Mawar.Alhamdulillah Mawar Ambil Keputusan Yg Tepat.
Fizo membalas, dia berysukur kerana Allah masih lagi memberikan kesabaran kepadanya dalam mengharungi kehidupan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.
Kemudian Pada 21 Oktober 2021 lalu, Fizo melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Kata2 Mawar Karim.
Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang, duit tak lesap… “Kalau dulu faham-faham sendirilah”
MENGAKUI kehidupannya kini lebih bahagia, usahawan Mawar Karim memberi bayangan seolah-olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika masih berstatus isteri orang.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun kata-kata tersebut seakan-akan ditujukan kepada individu yang pernah bertakhta dalam hatinya.
“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.
Mawar balas komen pedas netizen.
“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah,” katanya.
Mawar, 34, berkongsi perkara tersebut ketika menjawab komen seorang individu yang mengatakan dia tidak lagi secantik seperti mana ketika dia dan Fizo masih bergelar pasangan suami isteri.
Dalam masa sama, dia juga turut menyelar tindakan individu itu yang menggunakan akaun media sosial palsu semata-mata untuk menyerangnya.
Bukan itu sahaja menerusi komen yang ditulis, individu itu turut mengaitkan Fizo dengan memuji kehidupan aktor itu kini dilihat lebih bahagia bersama isteri bagi perkahwinan keduanya iaitu Fazeera Nazri.
“Awak punya komen pun ‘sedih’ pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?
“Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari (2023) dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy,” tulisnya.
Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah
Fizo dan Mawar kini bahagia dengan kehidupan masing-masing lepas berpisah.
Mereka memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda yang baru berusia tujuh bulan dan Fazeera kini sedang hamil anak kedua.
Selepas penceraian itu Mawar pula dikatakan hidup bermadu selepas berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk sekitar awal tahun lalu dengan majlis diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.
Dia bagaimanapun menafikan desas-desus itu.
Sumber Mstar/BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.