SERAMAI 41 pelabur pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) mengemukakan tuntutan kerugian berjumlah RM59 juta terhadap usahawan kosmetik berkenaan pada Jumaat.
Kesemua yang terbabit membuat tuntutan tersebut selepas mendakwa wang pelaburan serta keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan kepada mereka sejak 2018.
Sehubungan itu, mereka memfailkan writ saman terhadap Vida atau Hasmiza Othman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakan kongsinya yang menjalankan Lavida Coin.
P3guam yang m3wakili k3s3mua plaintif iaitu Mohammad Izwan Azmi dari T3tuan Izwan Mazniza Kamil & Associat3s b3rkata, writ saman dan p3rnyataan tuntutan t3lah dis3rahkan k3pada Vida s3laku d3f3ndan p3rtama pada 15 Dis3mb3r 2022 di 3mpir3 B3auty DSV, Angsana Mall, Ipoh, P3rak.
“Pada Ogos 2018, mangsa membuat pindahan wang ke syarikat-syarikat milik Vida dan menurut representasi oleh pihak defendan iaitu Vida dan lain-lain mendakwa Lavida Coin adalah sah dari segi undang-undang, ada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara dan agensi lain.
“Namun menariknya, pada 29 Ogos 2019, SC mengumumkan Lavida Coin dimasukkan ke dalam senarai amaran pelanggan agar tidak membuat pelaburan.
“Sehubungan itu, jika Vida gagal membuat bayaran kemungkinan tindakan akan diteruskan termasuk muflis selain rumah dan harta di sita,” katanya kepada pemberita.
Mohammad Izwan membuat penjelasan itu menerusi sidang media tergempar yang diadakan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mohammad Izwan b3rkata, writ saman dan p3rnyataan tuntutan itu juga turut diiklankan di akhbar B3rita Harian b3rtarikh 10 F3bruari 2023 atas p3rintah mahkamah b3rikutan ia tidak dapat dis3rahkan k3pada tiga lagi d3f3ndan lain.
Defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu adalah Shuhada Ab Aziz, Mohd Kamarul Azmi dan Noordin Sahlam.
“Tarikh pengurusan kes juga telah ditetapkan mahkamah iaitu 4 November 2022, 17 November 2022, 19 November 2022, 4 Januari 2023, 18 Januari 2023, 14 Februari 2023 dan 27 Februari 2023 lalu.
“Bagaimanapun kesemua pihak defendan gagal menghadirkan diri pada kesemua tarikh yang dinyatakan,” katanya.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk memaklumkan status kes terikini selain memfailkan permohonan taksiran kos oleh pihak mahkamah.
Salah seorang mangsa iaitu Norzainin Zainuddin, 53, berkata, dia membuat pelaburan itu kerana percaya dengan jenama milik Vida malah mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM9,900.
Kata Norzainin, ketika menyerahkan wang berkenaan dia menandatangani dokumen perjanjian dengan kehadiran Vida dan meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada usahawan tersebut.
“Saya ada bukti dokumen perjanjian bersama yang ditandatangani di hadapan Vida di Ipoh. Saya percaya dengannya tetapi harapan mendapat pulangan seperti dijanjikan hanya tinggal janji.
“Sudah lima tahun kami menunggu tapi tiada apa yang ditunaikan malah semua staf mengelak untuk jawab tentang pelaburan itu dan tidak tahu di mana Vida berada,” katanya.
Manakala seorang lagi mangsa iaitu Yuni Astuti Sutrisno, 42, mendakwa, dia melaburkan wang sebanyak RM61,380 dan masih berharap agar mendapat kembali wang tersebut.
Kata Yuni, wang tersebut sangat besar nilainya apatah lagi ketika ini dia tidak bekerja kerana menjaga suami yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).
“Saya perlukan duit itu balik, saya tak dapat kerja memandangkan suami OKU. Saya harap ada jalan untuk mendapatkan kembali wang tersebut,” ujarnya.
Antara komen netizen,
Dia Orang Ingat Dia Orang Selamat…Hutang Oiiii Hutang …. Buat Amalan Apa Pun Nnti Tergantung… Disebbkan Tak Langsai Hutang Orang….Dalam Umur 40an Till 80an Dah X Nak Fikir Pasal Hutang Orang…..Betul Kan…
Sekejap Je Klu Tuhan Nk Tarik Apa Yg Kita Ada.. Harta Dunia Xkn Kekal Buat Selamanya..
Tuntut Jgn Tak Tuntut.Kan Dia Dok Bagitau Yg Duit Dia Byk.Minta Lebih Lebih.Bayaran Mau Cash La.No Ansur Ansuran
Pulak.. Habis Tu Pakai Dress Poyo2 Sebelum Ni Kat Event …Duit Rembat Pelabur Punya Ker..
Biasa Lah Business Besar Besar Ni Tak Der Hal Pada Dia Orang Ni…Bagi Yg Tak Pernah Tengok Amount Mcm Tu Memang Terkejut Beruk Lar
Tuntut Laaa.. Kan Dia Sdiri Bilang 7 Kturunan Pn Blm Tentu Duit Dia Habis
Penipu Patutlah Kaya, Beli Kereta Mewah Macam Beli Goreng Pisang, Rupanya Hasil Duit Org..Bertaubatlah..
Sumber : Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.