Selepas Didedahkan Curang Dengan Suami Orang, Pengakuan Puteri Sarah Liyana Bakal Buat Syamsul Terpana

PELAKON Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya pada Selasa.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, sepanjang tempoh empat tahun rumah tangga mereka bergolak, Syamsul tidak pernah sekali pun membangkitkan hal dinyatakan dalam permohonannya di mahkamah.

Katanya lagi, dia yakin berada di pihak benar dan dakwaan dibuat Syamsul adalah sekadar rekaan semata-mata.

“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi?

Syamsul 1

Syamsul ditemani peguam Azmi Mohd Rais ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

“Buatlah apa pun sebab saya tak takut. Saya yakin berada di pihak yang benar.

“Cuma ingin saya ingatkan yang mereka (Syamsul dan Ira Kazar) sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah Seksyen 23,” katanya kepada mStar.

Luahan Puteri Sarah itu sekali gus memberi gambaran hubungan Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar sudah lama terjalin.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia tidak gentar dengan dakwaan dibuat terhadapnya malah menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan keluarga mentua ketika dia berdepan dengan kes mahkamah.

Malah kata Puteri Sarah, Ira juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut mahkamah.

1553552

Sarah mengingatkan Syamsul mengenai kes dalam siasatan melibatkannya dan isteri keduanya, Ira Kazar.

“Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” jelasnya.

Pada petang Selasa Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Terdahulu,

Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang

JARANG sekali membuat pendedahan kisah rumah tangganya, namun pengarah filem Syamsul Yusof akhirnya terpaksa buka cerita dengan mendakwa isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bersikap curang apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, mendedahkan perkara itu sebagai sebahagian alasan dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

Pengarah filem Munafik itu ketika ditemui media berkata, sebagai suami dia tidak boleh menerima apabila isterinya berlaku curang dan berat baginya untuk mendedahkan perkara itu dalam tuntutannya.

“Sebagai seorang suami, saya juga sudah memedam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain,” katanya kepada pemberita.

Syamsul 2

Syamsul hadir ke mahkamah ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.

Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di luar mahkamah selepas membuat permohonan berkenaan kira-kira pukul 3 petang dengan ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.

Bagaimanapun kata Syamsul, dia mengakui masih sayangkan Sarah dan berharap semua kemelut di antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

Dalam pada itu, Azmi berkata, antara alasan lain Syamsul membuat permohonan tersebut ialah disebabkan Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020 tanpa izin.

Selain masih isterinya itu menghubungi bekas kekasih, Puteri Sarah juga didakwa enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti menuduhnya memukul dan tidak memberi nafkah.

Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.

Syamsul 3

Syamsul masih menyayangi Sarah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply