KETIKA bertebaran gosip kononnya aktor Syamsul Yusof dikatakan mahu mengahwini Ira Kazar dalam waktu terdekat, lain pula yang berlaku kepada keluarga aktor itu apabila anak-anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana berkata, dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2,mengalami demam akibat jangkitan virus di bahagian tekak dan dimasukkan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.
Menurut Sarah, dia lebih yakin anak-anaknya mendapat pemantauan hospital kerana adanya kepakaran doktor berbanding jika berada di rumah.
Anak Sarah dan Syamsul sekarang sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.
“Abang (Syaikhul) mula demam minggu lalu dan saya telah bawa ke hospital, namun disebabkan katil wad penuh, doktor nasihat untuk bawa pulang dan lakukan pemantauan di rumah.
“Sekarang masuk hari kelima dan badannya masih panas. Saya rasa lebih baik dijaga di hospital. Adik (Summayah) juga sudah mula demam. Jadi saya bawa kedua-dua sekali ke hospital.
“Jaga sendiri di rumah memang puas hati tetapi tidak mendapatkan ubat dan pemantauan betul. Kalau di hospital waktu makan ubat terjaga, tidak perlulah saya risau,” katanya ketika dihubungi mStar.
Sementara itu Sarah juga berasa sedikit lega apabila anak-anak berada di hospital kerana dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suri Hati. Namun begitu dia tidak mengambil cuti kerana enggan menyusahkan pihak produksi.
“Apabila anak-anak berada di hospital saya rasa tenang sikit. Layanan yang diberikan juga sangat bagus.
Sarah bersama anak-anak ketika mengerjakan ibadah umrah April lalu.
“Saya enggan susahkan produksi, jadi memang tidak ambil cuti penggambaran. Di hospital juga ada keluarga lain yang turut bantu menjaga,” ujarnya.
Dalam pada itu Sarah enggan memberi sebarang ulasan mengenai berita yang mengaitkan suaminya.
Untuk rekod, Sarah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.
Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan buat dua anak pasangan artis yang comel dan bijak ini.
Terdahulu,
DESAS-DESUS mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian.
Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?
Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.
“Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.
Yusof harap gosip anak bakal berkahwin dengan Ira (kanan) tidak benar.
“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi,” kata beliau ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.
Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat berkenaan.
Dalam pada itu, Yusof berkata, dia berasa kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.
Dalam pada itu, Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga.
“Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.
Konflik rumah tangga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.
Yusof ketika menghantar Sarah mengerjakan umrah Ramadan lalu.
Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu.
Sarah juga sebelum ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap Ira namun tindakan tersebut dibatalkan.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.