Kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang disiarkan mengenai rumah tangganya.
Rentetan itu Syamsul menerusi media sosialnya berhasrat menemui wartawan mStar bagi menyelesaikan hal berkenaan.
Selepas beberapa bulan berlalu, pihak mStar mahu menyahut cabaran itu agar salah faham yang timbul dapat diselesaikan secara baik.
Justeru, ketika ini mungkin hatinya sudah sejuk dan ia adalah masa sesuai untuk menyelesaikan salah faham itu.
Langkah terbaik ialah mencarinya di lokasi yang dia biasanya hadiri iaitu pada acara penting seperti dalam anugerah-anugerah tertentu atau pada pelancaran filem arahannya.
Bertempat di GSC, The Starling Damansara, Selangor pada malam Khamis, mStar hadir selepas diundang untuk menyaksikan filem terbaharu arahan beliau iaitu Mat Kilau, lakonan Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su, Beto Kusyairy, Fatah Amin dan Johan As’ari.
Jujurnya, filem sejarah ini hebat kualiti penghasilannya, dan tengoklah siapa pengarahnya pula?
Tapi sayang, kelibat Syamsul yang ditunggu-tunggu tidak kelihatan berbanding pelakon lain.
Puas pihak mStar mencari dia dari tempat parking kereta sampailah ke belakang panggung, tapi tak berjumpa.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir memberi sokongan.
Majlis itu sebenarnya besar bagi Syamsul kerana filem yang menelan belanja lebih RM8 juta ini adalah buah tangan hebat dia selepas beberapa lama industri perfileman negara ‘m4ti’ akibat pandemik C0 vid-19.
Sayang sekali… dia tiada!
Mana kau pergi Sol? Kau menyorok di mana? Itu hari kata nak jumpa bertentang mata?
Pelakon Kazar Saisi yang turut terlibat dalam filem ini dan bapa kepada Ira turut tidak munculkan diri.
Dia memang nak datang malam ini, tetapi dia demam panas
Sebaliknya pelakon utama iaitu Datuk Adi Putra, Beto Kushairi, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Shahrudin Thamby dan Johan As’ari hadir memberi sokongan.
Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Syamsul Dem4m Pan4s
Bagaimanapun menurut khabar angin, Syamsul membuat keputusan membatalkan hasratnya mucul kerana bimbang ‘diserbu’ selepas spekulasi panas kononnya dia akan berkahwin lain dalam waktu terdekat ini mula bertebaran.
Apatah lagi bapa dan ibunya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail sudah membuka mulut seakan-akan tidak merestui sekiranya benar Syamsul ingin meneruskan hasratnya memiliki isteri kedua iaitu Ira Kazar.
Sementara itu adik Syamsul iaitu Shamin Yusof berkata abangnya mengalami demam panas dan dinasihat tidak hadir.
“Dia memang nak datang malam ini, tetapi dia demam panas. Saya nasihatkan lebih baik dia tidak datang.
“Bagaimanapun dia akan kata akan berusaha nak datang,” jelasnya.
Yusof Haslam puji filem arahan Syamsul.
Datuk Yusof pula berkata dia sendiri tidak dapat memastikan kehadiran anaknya dalam majlis tersebut dan kali terakhir berjumpa pada 4 Syawal lalu.
“Sebenarnya saya pun tidak tahu dia akan datang atau tidak malam ini. Memang berharap dia akan datang.
“Kali terakhir berjumpa Syamsul pada hari raya keempat baru-baru ini. Saya sempat ucap tahniah atas kejayaan filem ini.
“Saya melihat hasil kerjayanya sangat bagus,” ujar beliau.
Apa-apa pun kita mengharapkan agar Mat Kilau yang memulakan penggambaran pada 2017 bawah tangan Syamsul ini mampu mengembalikan minat orang ramai menyaksikan filem epik yang amat dekat dengan orang Melayu.
Filem yang bakal menemui penonton pada 23 Jun ini menjalani penggambaran selama 100 hari di Perak serta beberapa lokasi lain seperti Pahang, Melaka dan Selangor.
Restu atau tidak anak nikah lagi, Yusof enggan komen
Yusof Haslam berkata dia enggan masuk campur dalam isu anaknya, Syamsul, yang dispekulasi bakal berkahwin lagi seperti digembar-gemburkan banyak pihak akhir-akhir ini.
Penerbit dan pengarah itu juga memberitahu dia tidak bercadang untuk memberi sebarang komen mengenai restu apabila ditanya andai perkahwinan itu benar-benar terjadi.
“Perkara ni susah nak diulas sebab saya perlu jaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.
“Kalau saya komen nanti, ada pihak akan salah tafsir, serba salah jadinya,” katanya.
Ditanya sama ada kesemua pihak terlibat perlu bersemuka bagi menyelesaikan kontroversi, pengarah Sembilu itu menjawab: “Masalah begini perlu diselesaikan oleh Syamsul.”
Tambahnya lagi, tiada keperluan untuk dia bertemu dengan bapa wanita yang dikaitkan dengan anaknya itu, Kazar Saisi.
Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya hari ini.
Filem terbitan Studio Kembara itu berkisahkan pahlawan Melayu bersama ayahandanya Tok Gajah serta sahabat mereka yang bangkit menentang penjajahan British.
Karya arahan Syamsul itu dijadual menjengah pawagam tanah air pada 23 Jun ini.
Harap tidak patah semangat
Antara pelakon yang menjayakan Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan ialah Adi Putra sebagai Mat Kilau, Fattah Amin (Awang), Beto Kusyairy (Wahid), Ali Karim (Brahim), Yayan Ruhian (Toga) dan Johan As’ari (Yassin).
Terdahulu, sebuah portal hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.
Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat berkenaan.
Pada masa sama, Yusof menitipkan pesan buat anaknya itu agar tidak sesekali berputus asa untuk terus berkarya walaupun dihimpit kontroversi.
Katanya, apa didepani hanya asam garam sebuah kehidupan.
“Apa saya nak katakan pada Syamsul ialah, apa saja situasi dia perlu tabah sebab sekarang zaman media sosial. Kita harus berdepan dengan apa saja yang datang dan saya harap dia kuat dan jangan patah semangat.
“Anggaplah ini isu peribadi dan hanya perkasa biasa, terus berani berjuang jangan takut dengan masalah,” katanya.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.