Masih Ingat Lagi Dengan Penyanyi Lagu “Pelamin Anganku Musnah”, Ini Keadaan Terkini Beliau
Pelamin Anganku Musnah dan Kau Tetap Dalam Anganku, dua karya malar segar sehingga kini, sekaligus membayangkan kita kepada wajah penyanyinya ketika mendengar. Azie suatu ketika dahulu pernah meletup-letup menerusi profesion sebagai penyanyi.
Namun kerjaya seni pemilik nama sebenar Roeziah Mustapha ini, yang bermula 1995, kian malap selepas tahun 2000 sewaktu dia memulakan fasa kehidupan berumah tangga.
“Saya berkahwin dengan Nazarudy Abdul Wahed pada Julai 2000 dan ambil keputusan balik ke Kuching, Sarawak.
“Namun ketika itu saya masih berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana ada perniagaan butik.
“Malah, jemputan menyanyi juga masih ada sehinggakan kerap juga saya ke Semenanjung,” katanya.
Azie menyepi atas keputusan pengundurannya daripada dunia seni.
Kehidupan Terkini.
Menyingkap rahsia serta perkembangan terkini artis kelahiran Kuching, Sarawak , Azie kini rancak berniaga dari rumah secara online dengan tanda pagar #aziedapoanganku
“Saya kini menetap sepenuhnya di Kuching, Sarawak bersama suami dan 3 cahayamata. Anak sulung dah berusia 20 tahun, anak kedua 17 tahun dan yang ketiga 11 tahun.
Saya kini menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan surirumah sepenuh masa sejak berlakunya pandemik. Semua undangan nyanyian sebelumnya terpaksa ditolak. Redha dengan keadaan dan saya yakin dengan rezeki.
Sekarang ini saya bergiat dalam bisnes masakan dan baking secara online. Bisnes harian saya ialah menghasilkan Curry Puff Carbonara dan Popia Carbonara Goreng. Saya juga menerima tempahan frozen food. Manakala tempahan kek, kuih, hidangan minum petang, untuk bersedekah pun saya terima. Bila perayaan saya turut menerima tempahan biskut-biskut terutama daripada regular customer.
Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya sentisa pastikan produk betul-betul fresh kerana saya tak suka simpan stok. Bila customer gembira ia satu kepuasan bagi saya. Alhamdulillah feedback yang diterima pun sangat memberangsangkan, selalu dapat repear order. Dengan adanya online business ini dapatlah juga penuhi masa lapang saya di rumah.
Kekal Cantik Di Usia 46 Tahun
Saya bersyukur atas kurniaan Allah Taala. Yang penting jaga kesihatan. Kaya macam mana sekalipun kita kalau tidak sihat tiada makna. Paling penting percaya dan redha denagn ciptaan Allah SWT. Untuk kekal sihat dan cantik, rutin harian saya dengan mengamalkan makan suplemen dan vitamin serta minum air kosong secukupnya.
Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas penyakit mudah nak ‘datang’.
Saya jaga waktu makan. Paling penting ialah sarapan, jangan skip. Kalau tak makan tengahari sekalipun sekurang-kurangnya dah bersarapan kerana ia membekalkan tenaga. Sebagai suri rumahtangga nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya.
Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup. Saya sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik. Hati kena bersih. Bila dalaman bersih akan terserlah kecantikan sebenar di luaran.
Perkembangan Seni
Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa terharu apabila lagu-lagu lamanya terus mendapat tempat serta dipilih peminat untuk diputarkan di corong radio.
“Walaupun dah berpuluh tahun, orang masih ingat. Perasaan rindu untuk menyanyi seperti dulu membuak-buak datang.
“Apatah lagi dengan adanya laman sosial dan aplikasi WhatsApp memudahkan kita berinteraksi dengan peminat dan kawan-kawan dalam industri seni,” katanya.
Pada tahun 2018 saya ada merakamkan album single berjudul Anganku Terhenti Di Sini. Ianya album kompilasi bersama 4 lagi artis 90an.
“Segala-galanya bermula apabila artis 90-an mempunyai kumpulan WhatsApp sendiri dan saya kembali berjumpa mereka.
“Dari situlah saya ditawarkan terbabit dalam album yang turut menampilkan Mac Ruhayu, Haslinda, Azura Aziz dan Norli Tamam (Kumpulan Primadona).
“Mereka sudah rakam vokal dan hanya saya yang belum. Saya akan menyanyikan lagu ciptaan Rosli Ahmad dan lirik oleh Andy Sulaiman. Ia kesinambungan lagu Pelamin Anganku Musnah,” katanya.
Alhamdulillah mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminat. Saya sangat gembira dan terharu kerana berpeluang merakamkan album single terbaru setelah sekian lama.
Rindu sangat tapi dengan adanya aktiviti seperti bisnes kecil-kecilan yang saya buat sekarang tidaklah terasa kesannya itu. Apa pun bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah beri.”
Sumber: iluminsi, N0na, Instagram & youtube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.