Terkenal Dengan Watak Pendekar “Musang Siguntang”. Rupanya Begini Keadaan Pelakon Era 90an Ini Sekarang
“K3na b3ringat s3masa b3rada dan buatlah s3suatu yang b3rmanfaat s3p3rti b3li rumah. Masa yang l3pas takkan k3mbali. Harap Allah bagi satu p3luang lagi,” kata p3lakon Shah Farid Zain, 63, b3rc3rita m3ng3nai p3ngalaman hidup yang dilaluinya s3b3lum ini.
Shah yang popular m3n3rusi drama b3rsiri P3nd3kar untuk slot Sp3ktra di RTM pada 1990-an b3rkata, k3s3nangan yang dik3capinya musnah s3k3lip mata apabila n3gara dilanda k3gawatan 3konomi pada 1997.
“Lakonan saya ada impaknya dan meninggalkan kesan kepada penonton. Masa itu memang okey. Apa yang saya nak, pasti mampu dimiliki.
“Syarikat produksi HVD ketika itu ada banyak projek. Habis satu drama ada pula drama lain. Duit sentiasa ada. Namun apabila gawat semuanya habis.
“Saya ada kereta tapi akhirnya kena jual. Harta pun ada yang dijual. Saya cuma tak beli rumah kerana waktu itu tinggal di rumah setinggan,” katanya.
Kini semuanya sudah berlalu dan bapa kepada empat anak serta lima cucu ini mencari pendapatan sebagai DJ karaoke, pengacara, menyanyi dan menjadi juri pertandingan.
“Biasanya tawaran kerja ini hanya pada hujung minggu. Ada peminat yang masih kenal saya tegur dan tanya kenapa lama tak berlakon.
Terharu saya dibuatnya kerana masih ada yang tanya dan menghargai bakat saya. Saya cuma boleh jawab, kalau ada rezeki saya, adalah.
“Saya ada dengar Datuk Fizz Fairuz sedang berusaha nak filemkan kisah Datuk Bahaman dan teringin nak cuba nasib,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media teater Masahoro Opu Raja Siti di Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Selangor, di sini.
Menurutnya dia yang mempunyai kebolehan bersilat juga teringin membintangi filem Datuk Maharaja Lela: Pasir Salak arahan Syamsul Yusof.
“Saya nak cuba jumpa dia tawarkan diri. Saya sebenarnya biasa dengan Syamsul kerana majlis Aidilfitri di rumahnya pun pakai sistem peralatan bunyi saya. Harapnya saya diberi peluang.
Sebagai anak seni, jiwa saya masih meronta nak berlakon. Panggil saya dan bagi watak apapun saya akan buat yang terbaik,” katanya.
Shah berkata, dia juga terkilan kerana banyak syarikat produksi baru tidak menawarkannya berlakon. Ini berikutan pengurus produksi mereka kebanyakannya orang baru dan tidak mengenalinya sebagai pelakon.
Shah yang bermula dengan teater bangsawan sekitar 1985 sebelum terbabit dalam drama TV percaya nasibnya akan berubah jika membintangi filem kepahlawanan seperti Mat Kilau.
“Cuma keyakinan orang seni sendiri untuk bagi peluang itu sangat diharapkan,” katanya.
Dalam pada itu, Shah telah terbabit dengan pementasan teater Masahoro Opu Raja Siti karya dan arahan Sharul Titis di bawah terbitan Majlis Teater Selangor.
Teater berkisarkan sejarah negeri Selangor dari keturunan Bugis ini telah dipentaskan di perkarangan Galeri Shah Alam, Taman Tasik Shah Alam pada 10 dan 11 September tahun lepas.
Sumber: HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.