Gadis Dakwa Diri Kembar Ular Emas, Mimpi Bergurau – “Sekali Bangun Ada Kesan Gigit”

Gadis dakwa diri kembar ular emas, mimpi bergurau – “Bangun ada kesan gigit”

Seorang gadis mendakwa dirinya mempunyai kembar yang merupakan seekor ular berwarna emas sehingga meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

Seolah-olah tidak masuk akal, gadis tersebut dikenali sebagai Puteri Syza membuka cerita mengenai asal-usul kembarnya menerusi beberapa video dimuat naik baru-baru ini.

Menurut remaja berusia 18 tahun itu, moyang sebelah keluarga bapanya pernah bersalin anak kembar tetapi salah satunya adalah seekor ular.

Bermula di Gunung Jerai, gadis dakwa dirinya kembar ular emas! Sering gurau dalam mimpi, lepas bangun ada kesan gigitan - Mistik | mStar

“Okey since ramai tertanya-tanya macam mana kembar tu boleh jadi ular, macam mana kenal dia apa semua…

“Dulu moyang belah ayah Puteri, dia melahirkan anak kembar. Sorang keluar manusia, orang macam kita.. tapi sorang lagi tu keluar ular.

“Yang manusia tu ada je duduk dengan dia, tapi kembar ular tu duduk alam lain. Dari ayah Puteri cerita, ular tu akan datang kat ibu dia hanya untuk menyusu saja,” katanya.

Bercerita lanjut, kisah bermula ketika dia dan keluarga berkunjung ke Gunung Jerai, Kedah sewaktu kecil sebelum kembarnya itu terus ‘wujud’ sehingga hari ini.

“Masa umur Puteri 2 ke 3 tahun, kami saja-saja pergi Gunung Jerai. Masa perjalanan naik atas, ayah beritahu umi (ibunya), Puteri nampak ular besar ikut kami.

“Tapi orang lain tak nampak. Cuma Puteri saja nampak. Start dari situ la Puteri selalu mimpi fasal ular emas tu, mula minat dengan ular,” ujarnya.

Puteri berkata apabila dalam mimpi, dia dan kembarnya akan bergurau selain terdapat kesan gigitan sebaik bangun daripada tidur.

“Yang paling best, setiap kali mimpi, kadang-kadang mimpi tengah melawak dengan ular emas tu. Dia bergurau pastu gigit Puteri..

“Bila bangun mesti ada kesan. Tapi terkejut masa mandi, kat tempat dia gigit memang ada kesan.

“Kan ular ada dua taring. So memang ada kesan betul-betul kat lengan. Tapi tak sakit pun, takde apa-apa berlaku,” kongsi Puteri.

Sementara itu, Puteri juga tidak meminta orang ramai bagi mempercayai kejadian aneh berkenaan, malah dia sendiri pernah berubat selepas dianggap kemungkinan perbuatan sihir.

“Puteri ada je pergi berubat. Mereka cakap takde apa-apa pun, cuma mungkin ia kelebihan yang Allah nak bagi kat Puteri.

Sebab kalau nak terjadi something, mesti akan dapat dalam mimpi. Contoh ada benda nak terjadi kat family Puteri, memang akan dapat dalam mimpi dulu.

“Puteri cerita ni bukan nak suruh korang percaya. Sebab benda ni memang terjadi, dah lama 18 tahun. Puteri ada je pergi berubat.

“Mereka kata benda tu ada wujud, cumanya Puteri tak nampak sebab dia duduk alam lain. Kecuali kalau hijab mata terbuka baru akan nampak semua benda termasuk dengan dia.

“Dia tak berdamping dengan Puteri, cuma dia kembar, kawan Puteri saja. Tapi dalam masa sama, ada la juga kadang dia protect Puteri.

“Ular tu memang wujud tapi belum sampai masa lagi untuk jumpa dengan dia. Seriously kalau dia wujud, memang dia cantik sangat-sangat. Warna dia emas, mata hijau, besar dan panjang.

“Cuma ustaz cakap kat Puteri, kalau kita nak sesuatu yang baik, kita kena jaga solat, jaga hubungan dengan Allah, baik dengan orang,” katanya panjang lebar.

Video,

Sumber Sahabat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply