BAPA kepada penyanyi Siti Nordiana iaitu Alias Ahmad dilaporkan meninggal dunia sewaktu tidur pada pukul 11 pagi, Jumaat.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh pengurusnya Anas Osman yang memberitahu Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri di kediamannya di Felda Sendayan, Negeri Sembilan.
Keluarga bagaimanapun segera menghubungi ambulans dan pegawai perubatan mengesahkan lelaki berusia 68 tahun itu sudah meninggal dunia.
Perkongsian Nana di Instagram miliknya.
“Keluarga mula menyedari Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sekitar pukul 10 hingga 10.30 pagi tadi.
“Pihak keluarga juga sudah menelefon ambulan dan selepas itu pegawai kesihatan telah mengesahkan bapa Nana sudah meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Anas memberitahu Alias yang mempunyai sejarah menghidap kencing manis dan darah tinggi tidak pernah menunjukkan sebarang simptom penyakit sebelum ini.
“Saya tidak pasti lagi punca kematian sebenar… tetapi apa yang saya tahu biasalah orang tua ada penyakit kencing manis, darah tinggi.
“Cuma Allahyarham sebelum ini tidak ada pula mengadu sakit,” ujarnya.
Jenazah dijangka akan disolatkan dan dikebumikan selepas solat Jumaat di Sendayan.
Sumber BN
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.