Lama Menyepi Dari Industri Hiburan, Tak Sangka Begini Kehidupan Pelakon Darling Ngasri Sekarang!

Lama Menyepi, Darling & Anne Ngasri Masih Jadi Perhatian Peminat

Nama adik-beradik Ngasri sekali lagi jadi bualan netizen apabila gambar mereka berempat — Darling, Anne, Bell dan Boy — tular di media sosial. Ramai yang terkejut kerana wajah mereka dikatakan langsung tidak dimamah usia, seolah-olah masih sama seperti zaman kegemilangan mereka di kaca TV.

Darling Ngasri Kongsi Foto Dengan Azlee, Imbau Memori Lama Dengan Senario –  “Live Depan Penonton, Debor Juga

Bagi Darling Ngasri, 38, walaupun sudah lama tidak aktif berlakon, beliau sebenarnya sibuk sebagai penerbit di syarikatnya, NS Star Sdn. Bhd., di samping menguruskan rumah tangga serta anak tunggalnya, Nur Nashrullah yang kini berusia 10 tahun. Malah, Darling pernah menerima Pingat Setia Bomba sebagai pengiktirafan karya seninya yang menaikkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Anne, Darling Ngasri mengubat rindu - Kosmo Digital

Namun baru-baru ini, Darling kembali ke set penggambaran apabila secara kebetulan ditawarkan watak dalam drama Alamak Lagi-Lagi Dia, arahan Amor Rizan dan terbitan syarikat milik adiknya, Anne Ngasri. Meski agak kekok setelah hampir sedekad meninggalkan dunia lakonan, Darling mengakui pengalaman itu membuatkan dirinya kembali bersemangat.

Bagi Anne Ngasri, 37, yang kini bergelar ibu kepada enam orang anak, dunia lakonan sudah menjadi hobi semata-mata. Beliau kini lebih serius sebagai penerbit selepas mendapat bimbingan daripada Darling yang dianggap mentor. Malah, Anne sedang merancang menerbitkan filem pertama selepas menerima geran FINAS.

Sementara itu, Bell Ngasri kekal aktif di layar kaca, manakala abang mereka, Boy, pernah popular pada era 1980-an dan 1990-an. Walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan serta keluarga, jelas kelibat mereka masih dirindui.

Keluarga Awet Muda, Tak Tua-Tua Adik-Beradik Ni." Gambar Anne Ngasri &  Keluarga Dipuji Tetap Maintain Muda!

Bagi peminat pula, drama-drama lama seperti Cili Padi dan Dunia Baru tetap segar di ingatan. Tidak hairanlah apabila gambar adik-beradik ini tular, ramai yang meluahkan rasa rindu serta terharu kerana masih dapat melihat idola mereka yang satu ketika dulu mewarnai dunia hiburan tanah air.

Sumber MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply