
Wajah jelita pelakon ini suatu ketika dahulu pernah menjadi idaman ramai pengarah dan produser filem tanah air. Bukan sahaja kerana paras rupa berwajah Pan Asian yang mampu menjadi ‘pelaris’ layar perak, malah bakat lakonannya juga tidak kurang hebatnya.
Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah Abdul Rais atau lebih dikenali sebagai Julia Rais.
Nama Julia mula mencipta populariti lewat era 1980-an, dan pada awal 1990-an beliau menjadi antara pelakon muda paling laris ketika itu. Antara karya yang pernah dijayakannya termasuk Hati Bukan Kristal (sebagai wartawan wanita, Nina), filem komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cinta Mira Edora, drama cinta remaja Nadia, dan yang terakhir, filem penuh emosi Suci Dalam Debu arahan Zulkeflie M. Osman.
Setiap kemunculannya ketika itu sentiasa dinanti-nantikan peminat, menjadikan Julia Rais sebagai ikon heroin filem era 90-an. Namun siapa sangka, selepas berada di puncak populariti, beliau memilih untuk meninggalkan dunia seni dan menyepikan diri daripada industri hiburan.
Selepas berada di puncak kegemilangan, nama Julia Rais tiba-tiba sahaja lenyap daripada dunia seni. Semuanya bermula selepas beliau mendirikan rumah tangga dengan Tengku Abdullah (kini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang) pada tahun 1993.
Daripada perkahwinan tersebut, Julia telah dikurniakan tiga puteri jelita iaitu Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Illisha Amira dan Tengku Puteri Ilyana.
Namun, apa yang mengejutkan para peminat ialah ketika majlis pernikahan dan persandingan puteri sulungnya, Tengku Puteri Iman Afzan bersama Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad pada 24 Ogos 2018, kelibat Julia langsung tidak kelihatan. Ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya bekas bintang filem popular era 80-an dan 90-an ini.
Sejak itu, pelbagai teka-teki, andaian dan rumor timbul mengenai “kehilangan” Julia Rais daripada khalayak umum. Ada yang beranggapan beliau memilih untuk hidup jauh dari dunia glamor, ada pula yang mendakwa kesihatannya terganggu, dan tidak kurang juga yang percaya Julia mahu menjaga privasi keluarga sepenuhnya.
Namun menerusi hantaran Insta Story di laman instagram Tengku Iman Hafzan, beliau ada merakam gambar anaknya yang baru lahir, didukung dan didodoi oleh ibunya, merangkap nenda kepada anaknya. Namun gambar tersebut hanya diambil dari belakang. Adakah itu Cik Puan Julia Rais? Ya, we think so!
Namun sehingga kini, tiada siapa mampu mengesahkan kebenaran sebenar. Misteri tentang keberadaan Julia Rais terus menjadi tanda tanya — sekaligus menambahkan lagi aura eksklusif dan penuh rahsia tentang dirinya.
Berhijrah ke London
Ada rumor mengatakan, selepas berkahwin dengan Tengku Abdullah, Julia terus menetap bersama di England .Malah ke semua anaknya juga bersekolah di United Kingdom.
Pilih Tinggal Bersama Ibu Kandung
Ada khabar angin mend4kwa Julia sudah berpisah dengan Tengku Abdullah dan memilih untuk tinggal bersama-sama ibunya yang merupakan seorang warga Britain di United Kingdom.
Dikatakan ketika di Malaysia, Julia menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya. Namun tiada siapa yang dapat mengesahkannya kesahihan berita ini.
Dikawal Ketat
Ada sumber mengatakan, kehidupan Julia Rais dikawal ketat selepas menjadi sebahagian kerabat diraja. Serba-serbinya mengikut adat istiadat diraja. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal. Jadi ramai yang percaya bahawa ini antara satu sebab mengapa Julia terus menyepikan diri dari dunia lakonan.
Namun Tengku Iman pernah memuatnaik foto yang dipercayai Julia Rais mengendong cucu sulungnya, iaitu anak Tengku Iman bersama Tengku Bakar.
Kalau betullah ini Julia Rais, jelas beliau layak digelar “Hot Grandma!”
Apapun, semua spekulasi yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya. Masih lagi tiada jawapan ke manakah hilangnya pelakon yang menjadi pujaan ramai orang pada suatu ketika dahulu.
Teringin nak tengok wajah Julia Rais yang terbaru!
Sedikit info mengenai Julia Rais
Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais, atau lebih dikenali sebagai Julia Rais, lahir pada 19 Februari 1971 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan seorang bekas pelakon popular Malaysia yang cukup dikenali dengan wajah pan-Asian — kecantikan kacukan Inggeris yang menjadi kegilaan ramai pada era 1980-an dan awal 1990-an.
📌 Latar Belakang & Zaman Remaja
Julia merupakan anak kepada Abdul Rais Yeop, bekas Ahli Lembaga Pengarah Sri Jaya Kenderaan menerusi perkahwinan pertamanya. Beliau membesar di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya, Laily Ibrahim.
Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (1984–1988). Julia juga mempunyai seorang kakak kandung, Zalina Rais, abang tiri Rafizal serta kakak tiri Fazlyn. Malah, hubungan persaudaraannya turut mengaitkan beliau sebagai sepupu kepada Datuk Seri Mohd Nazri Aziz serta sepupu tiri kepada pelakon Juliana Ibrahim.
🎬 Permulaan Karier Lakonan
Kerjaya seni Julia bermula secara kebetulan apabila beliau muncul dalam iklan televisyen untuk produk Rejoice (P&G) pada penghujung 1980-an. Tidak lama selepas itu, wajahnya yang jelita menjadi pilihan untuk menghiasi video klip kumpulan Search – Isabella, menjadikan popularitinya melonjak.
Bakat semula jadinya membuka ruang untuk Julia ditawarkan membintangi pelbagai filem. Antara lakonannya yang paling diingati ialah dalam:
-
Driving School (1990)
-
Mira Edora (1990)
-
Nadia (1992)
-
Suci Dalam Debu (1992)
Sumber Lubuk/Wiki Malaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.