PERNAH bergelar “Raja SMS” sewaktu zaman Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi memberitahu dia ada menerima pelbagai tawaran untuk menyertai pertandingan nyanyian termasuk program realiti Gegar Vaganza.
Bagaimanapun, Mawi atau Asmawi Ani, 38, berkata, dia terpaksa menolak berikutan tidak mahu berdepan dengan tekanan yang tinggi.
“Pertandingan akan beri tekanan, itu pada sayalah kalau orang lain saya tak tahu.
“Setiap minggu kita akan dapat lagu baru, lepastu nak kena hafal lagu tu satu, nak kena hafal lirik dan melodi dengan dalam masa agak singkat sebenarnya,” katanya kepada mStar.
Tambahnya, persembahan di atas pentas pertandingan terlalu mendebarkan berbanding melakukan persembahan biasa di hadapan penonton.
“Bila kita buat show yang bukan pertandingan, enjoy dia lain,
“Walaupun dalam pertandingan kita nak buat macam… eh enjoy je macam show biasa, tetap tak boleh sebab kita tahu depan tu ada pengkritik,” ujarnya.
Jelas penyanyi berusia 38 tahun lagi, dia setakat ini belum bersedia untuk menyertai program mana-mana pertandingan nyanyian yang lain.
“Sejujurnya, buat masa sekarang saya tak mahu sertai apa-apa pertandingan nyanyian. Terdahulu GV ada tawarkan kepada saya untuk sertai program berkenaan. Malah sebelum GV pun, saya ada juga dapat tawaran untuk masuk Gema Gegar Vaganza.
“Akan tetapi saya pilih untuk menolak cara baik sekaligus tak sertainya,” kata Mawi.
Ini kerana, Mawi merasakan dia rasa bimbang sekiranya tidak mampu memberikan komitmen sebaiknya di dalam pertandingan yang disertai.
“Takut juga kalau tidak boleh nak beri komitmen yang penuh sebab fokus dalam pertandingan ni bukan biasa-biasa. Misal kata saya ambil tawaran tersebut, saya dah tak boleh nak buat benda lain.
“Misalnya saya sudah pernah lalui waktu dalam pertandingan zaman Akademi Fantasia sebelum terjun dalam bidang seni. Jadi sedikit sebanyak saya ambil pengalaman dan tahu macam mana ‘rasa’ dia dan komitmen bagaimana saya perlu berikan.
“Jadi, sekarang saya pilih untuk tidak masuk bertanding dalam apa-apa program seumpamanya dan selesa macam ini,” katanya lagi.
Mawi ditemui media pada sesi makan tengahari bersama barisan penyampai stesen radio Zayan FM di The Lembah Grillerz, Seri Kembangan pada Selasa.
Majlis tersebut dianjurkan bersempena dengan ulang tahun penubuhan stesen radio berkenaan yang ke-4 di samping memperkenalkan pendakwah bebas, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin sebagai penyampai baru di dalam segmen Zayan Hujung Minggu.
Dalam pada itu, Mawi berkata, pertandingan nyanyian memerlukan dia untuk memberi komitmen yang tinggi yang menghalangnya untuk memberi fokus kepada kerjaya sebagai penyampai radio Zayan FM.
Untuk rekod Mawi pernah menjadi juara Akademi Fantasia musim ketiga dan memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABP) selama tiga tahun berturut-turut iaitu 2005, 2006 dan 2007.
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.