IBU kepada penyanyi Khai Bahar dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas.
Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata, ibunya iaitu Rosnah Muhammad, 61, kini masih lagi di bawah pemantauan doktor dan rawatan lanjutan.
“Ibu sesak nafas di rumah dan adik yang membawanya ke hospital. Ketika ini saya pun masih menunggu makluman lanjut daripada doktor mengenai keadaannya.
Ibu Khai kini masih di bawah pemantauan doktor.
“Dia masih dalam pemantauan doktor dan perlu mengambil ubat bagi meredakan keadaannya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Terdahulu penyanyi lagu Selagi Ku Ada ini turut berkongsi gambar memegang tangan wanita itu di laman Instagram miliknya.
Kata Khai dia baru sahaja tiba di kampung halaman pada lewat malam Khamis dan mengambil cuti bagi melihat keadaan ibu.
“Saya baru sampai semalam (Ahad). Saya ambil cuti untuk menziarahi ibu.
“Keadaan ibu saya begitulah sejak dia sakit buah pinggang. Ada ketika dia ingat, ada ketika dia lupa. Dia juga perlu jalani rawatan dialisis seperti biasa.
Kalau ada peluang memang saya akan balik. Inilah masanya untuk saya buat mak gembira
KHAI BAHAR
PENYANYI
“Mohon doa semua agar ibu saya dalam keadaan baik,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi temu bual bersama program Melodi yang disiarkan pada Ahad, Khai juga tidak dapat menahan air mata mengenangkan kesihatan ibunya yang semakin merosot akibat sakit buah pinggang tahap akhir.
Tambahnya dia kini lebih fokus untuk menjaga ibunya meskipun jadual kerja padat dan akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke Perlis jika berkelapangan.
Khai mohon doa ramai agar ibu kembali sihat.
“Kalau ada peluang memang saya akan balik. Inilah masanya untuk saya buat mak gembira.
“Kalau tengok jadual kerja memang padat, tapi saya hanya fikirkan mak sahaja. Terkilan juga apabila susah nak balik sebab sibuk bekerja,” jelasnya.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.