Bagi yang tidak tahu, pelakon dan pelawak Salih Yaacob telah mencera1kan isteri keduanya, Nor Raha Ahmad pada pertengahan 2015 yang lalu.
Menurut Salih sendiri, pencera1an tersebut adalah di atas permintaan bekas isterinya dan juga faktor yang melibatkan orang ketiga di antara hubungan mereka.
Bagaimanapun lain pula kisahnya apabila Raha sendiri yang buka mulut dan menceritakan kisah yang menambah kekel1ruan tentang apa sebenarnya yang terjadi.
Malah, Raha yang juga merupakan ibu kepada enam orang anak memberitahu punca pencera1an mereka ialah masalah kewangan.
Raha memberitahu dia juga telah lama memendam rasa kerana Salih tidak memberi perhatian kepadanya dan tidak berlaku adil sepanjang perkahwinan mereka.
Sementara itu, Salih berkata apa yang berlaku itu merupakan ujian buatnya bagi seorang lelaki yang berpoligami.
“Nampak mudah sahaja beristeri ramai tetapi tanggunjawabnya besar. Dan kita sebagai manusia, ada masanya buat silap juga.
“Tambahan pula, setiap isteri mempunyai sikap dan emosi yang berbeza, maka cara kita bercakap dengan mereka juga berbeza. Sebab itu saya cuba muhasabah diri setiap hari untuk menjadi seorang suami dan ayah yang sempurna”,tuturnya.
“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka”
“Namun dia tetap mendes4k saya untuk mencer4ikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya.
Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendes4k saya melepaskannya.
Selain itu, menurut Salih, mas4lah mula timbul apabila Nor Raha pergi majlis perjumpaan semula dengan rakan sekolahnya malah dia juga tidak menafikan ia berpunca daripada orang ketiga.
Salih pernah mended4hkan wujudnya orang ketiga menyebabkan Raha mula tawar hati, betul ke begitu?
Saya sebenarnya malas untuk ambil peduli kenyataan-kenyataan Salih sehinggalah satu ketika, suami menyuruh saya untuk tampil ke hadapan menerangkan perkara sebenar menyebabkan keruntvhan rumah tangga kami.
Bukan saya mahu menegakkan benang yang basah, cuma kenyataan-kenyataan Salih sebenarnya jauh dari apa yang terjadi.
Saya juga tidak mahu, suami saya terus-menerus ditvduh sebagai orang ketiga. Tuduhan itu bagi saya agak melampau, kerana saya dengan suami baharu sudah lama kenal.
Malah, Salih juga ada mengatakan pertemuan semula atau reunion sebagai punca sedangkan saya sudah hampir lima tahun terlibat dengan aktiviti itu, jadi saya tidak pasti mengapa Salih mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Jadi apa sebenarnya yang menjadikan hati Raha betul-betul tawar sehingga nekad memohon cer4i?
Sebenarnya, saya sudah lama menahan der1ta, 23 tahun bukan tempoh singkat. Kalau boleh, dari awal dulu saya ingin dilepaskan, tetapi memikirkan anak-anak yang sedang membesar, saya tahan dan terus bersabar.
Hubungan kami sudah lama berm4salah umpama retak menunggu belah. Pada 2012, saya pernah sekali meminta untuk dicer4ikan. Ketika itu, Salih datang dan memujuk. Hati saya ketika itu rapvh dan apabila dipujuk, saya beri lagi peluang.
Namun, tahun demi tahun, Salih tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan. Saya dibiarkan tanpa perhatian.
Hati isteri mana yang sanggup bersabar 23 tahun memendam rasa. Tahun lepas, bulan Julai, saya nekad memohon cer4i. Salih tidak mengendahkan sehinggalah bulan September, dia melafazkan cer4i talak satu di rumah kami.
Saya langsung tidak diberi perhatian. Bayangkan, ada ketika, sehingga lebih seminggu, dia langsung tidak bertanya khabar tentang saya dan juga anak-anak. Entah makan atau tidak, hidup atau tidak, semua dia tidak kisah.
Bukan bererti Salih lupa tanggungjawab, dia ada beri, tetapi mana cukup untuk kami lima beranak. Kadang-kadang anak pergi rumah isteri lain untuk meminta duit daripada bapa mereka, seperti penge.mis saya lihat anak-anak saya.
Kadang-kadang, hendak bagi RM50 untuk berbuka puasa pun susah. Saya ingin juga melihat anak menjamu makanan yang sedap-sedap ketika berbuka, tetapi apakan daya, itulah rezeki kami pada ketika itu.
Salih dan bekas isterinya itu telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan dikurniakan 5 anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu. Sementara itu, tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, Norfara Wahida Sulaiman, dan Samihah Syeikh Ali, masih kekal bersamanya dan daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.
Sumber: Youtube, PS.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.